Howling Abyss
Hanya satu lane.
Asas | August 16, 2016 | By Aiman Sabri


Bertahan dan Serang

Apa yang bermula sebagai sebuah gerakan masyarakat secara pantasnya telah berkembang menjadi satu fenomena salah satu mod permainan yang sangat popular dalam League of Legends. Howling Abyss juga dikenali sebagai Murder Bridge mempunyai dua pasukan lima juara, di mana terdapat satu lorong sahaja dan tiada neutral jungle. Champion anda akan bermula dengan jumlah emas yang tinggi dan semua harus menuju melawan pasukan lawan. Dengan adanya hanya satu lorong, pergerakan serta aksi permainan menjadi lebih pantas dan penuh kills.

 

download (1)
Satu-satunya medan perang yang mempunyai satu lorong di League of Legends. Howling Abyss mempunyai dua pangkalan yang terletak di hujun jambatan. Jambatan ini dipertahakan oleh dua tower dan inhibitor manakala Nexus dijaga sepasang tower. Dengan ketidakhadiran neutral jungle, Howling Abyss akan memastikan pasukan masing-masing perlu mementingkan kerjasama antara satu sama lain, jikalau tidak, kekalahan adalah pasti.


Tiada healing dan pembelian item terhad

gi-modes-ha-basereturn

Summoner’s Platform tidak memberi penyembuhan dan pembelian adalah sangat terhad. Champion hanya dapat membeli item setelah tewas di medan peperangan. Anda juga tidak boleh buat recall untuk pulang ke base sendiri.


Relik Nyawa

gi-modes-ha-relics

Dengan ketiadaan Summoner’s Platform untuk menyembuh nyawa anda, terdapat cara lain untuk menyembuh HP champion yang rendah. Caranya adalah dengan pencarian Relek HP yang berada di lane anda. Apabila di ambil, relik nyawa akan menyembuh HP dan mana champion dengan pantas sekali.


Hanya satu Inhibitor

gi-modes-ha-inhibitor

Dengan hanya satu inhibitor, apabila inhibitor anda hancur, minion pihak lawan akan terus mengeluarkan dua super minion. Ini menjadikan tugas anda untuk bertahan menjadi lebih susah dan tidak terkawal. Pertahankanlah inhibitor anda sebelum keadaan manjadi lebih serious dan padah.

Post Berkaitan

Comments