Kisah Udyr
Rating: 4.3/5
Lain | August 16, 2016 | By Aiman Sabri

Udyr_1


Pendapat Saya

Mengisahkan cerita seorang manusia yang unik. Kisahnya bagi pendapat saya adalah seperti ala-ala permulaan cerita Kung-fu zaman dulu. Seorang yang unik dan special sejak kecil, lepastuh ditimpa pelbagai masalah yang merosakkan pegangan serta prinsip-prinsip charachter. Haaaa… lepas tuh dia dapat ilham, jadi kuat and boom, dia bantai semua orang. Menarik dan berbeza, bagi pendapat saya jikalau pembaca inginkan sesuatu yang memberi inspirasi serta harapan, kisah Udyr adalah satu bacaan yang menarik. Alaaa, sapa tak suka fighter yang ada silat pelbagai jenis haiwan. Bila saya sendiri baca, Udyr ni macam Jackie Chan dalam drunken master movie tuh.. haha


Kisahnya Yang Benar

Udyr adalah lebih daripada seorang lelaki, dia merupakan jelmaan bagi empat roh haiwan liar abadi.  Apabila jelmaanya menjadi kenyataan, Udyr mampu menggunakan kekuatan setiap sifat roh. Dia memiliki kekuatan mereka (roh) yang tersendiri dengan mengeluarkan kekuda masing-masing.

Kekuda Monyet: Penukaran dari setiap kekuda melajukan serangan dan juga pergerakan
Kekuda Harimau: Memberikan kelajuan dan kekuatan serangan
Kekuda Penyu: Memberikan lifesteal dan kuasa pertahanan
Kekuda Beruang: Memberikan stun effect dan kelajuan pergerakan
Kekuda Garuda: Memberikan kuasa kebakaran serangan

Udyr_2

Di Freljord, terdapat satu kasta unik yang tinggal di luar masyarakat orang-orang savage lands. Mereka adalah penjaga dunia semula jadi: Spirit Walkers. Setiap satu generasi, seorang bayi akan terlahir di bawah bulan darah merah, suatu makhluk yang dikatakan hidup di antara kedua-dua dunia roh dan jua manusia. Makhluk ini akan dibawa kepada alam Spirit Walker untuk menuruskan ilmu sihir alam semulajadi.

Udyr

Udyr adalah makhluk yang dikatakan, dia mampu memahami bahasa serigala tundra sebelum dapat memahami bahasa nenek moyangnya sendiri. Melalui Spirit Walkers, Udyr akan suata hari nanti mempelajari erti panggilan roh yang dapat mengembalikan keseimbangan alam. Masyarakat Spirit Walker sering kali memperingati Udyr bahawa dirinya akan diuji lebih daripada mereka yang pernah berada di posisinya sekarang. Apabila ditanya mengapa, mereka tak mampu meberi penjelasan yang pasti kerana sebabnya masih kabur dan sekadar hanya perasaan yang tak pasti.

Lissandra_Article

Pertanyaan yang akhirnya mendapat jawapan di tengah musim sejuk, semasa Udyr dan Spirit Walker diserang suatu makhluk yang menakutkan di mana hanya dikenali dengan bisikan ketakutan, Ice Witch. Mengetahui bahawa Udyr tak mampu melawan sihir hitam Ice Witch, semasa diserang Ice Witch, Spirit Walker mengorbankan dirinya untuk melindungi Udir. Dengan penuh perasaan kesedihan dan pilu, Udyr mengeluarkan jeritan dengan bersungguh-sungguh.

Pada saat itu, Udyr dipeluk roh-roh alam semulajadi dan pada ketika itu, dia bertukar menjadi jelmaan campuran roh-roh haiwan puaka. Dengan penukaran itu, maka bergegarlah tanah sekelilingnya dan dibawa turun runtuhan salji gunung. Terbenamnya Udyr didalam salji tebal dan setelah Udyr akhirnya mengorek dirinya keluar, Ice Witch yang menyerangnya telah pon hilang.

BlindMonk_Splash_0

Sudah bertahun-tahun, suku-suku orang utara belajar mengelak tanah Savage Lands atas sebab ketakutan. Kemudian pada satu hari, Udyr terhidu bau seorang penceroboh. Dengan perasaan yang membara lagi yakin, Udyr terus mengejar ke arah bau sang pencereoboh itu. Dia melancarkan serangan padu dari belukar tersembunyi, dengan niat membunuh tetapi ditepis sebegitu saja. Terkejut dan terpaku, Udyr melancarkan serangan bertubi-tubi kearah penceroboh sehingga kepenatan tetapi hasilnya masih sama, penceroboh itu berjaya menepis segala seranganya. Lalu Udyr bertanya dengan sepatah perkataan, “Siapa” kepada penceroboh tersebut. Namanya Lee Sin, beliau datang untuk mencari petunjuk daripada Spirit Walker namun terjumpa seorang makhluk yang sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar. Dia berjanji ingin kembalikan Udyr ke jalan yang benar, jalan yang seharusnya Udyr the Spirit Walker kebali kepada.

382px-Chinese_Udyr_Splash_0

Jikalau Udyr ingin kembali ke jalan tersebut, beliau seharusnya pergi ke sebuah tapak meditasi. Di situ, Udyr akan menemui ilmu petunjuk yang akan diturunkan oleh empat roh haiwan abadi dan di situ, Udyr akan menemui ketenangan. Nama penceroboh itu, Lee Sin.

Lee Sin membawa Udyr ke suatu tempat yang jauh berbeza daripada habitat di mana Udyr memanggil rumah. Di situ, pertarungan dan peperangan bukan satu kebiasaan dan masyarakatnya hidup dalam keaamanan. Di situ juga, Udyr pelajari nilai budi pekerti, erti persahabatan bersama manusia lain dan yang utamanya, Udyr pelajari mengawal sifat marah dan barannya. Udyr buat kali pertama pelajari ilmu meditasi dan melalui empat roh haiwan abadi, dia pelajari erti sebenar kehidupan yang juga mengajarnya untuk menjadi Spirit Walker yang seterusnya.

Noxus att

Udyr banyak terhutang budi kepada masyarakat Ionion mereka telah banyak membantu dia tentang alam dan juga dirinya sendiri. Begitulah perasaan terhutang budi sehingga Udyr berkali-kali secara sukarela membantu masyarakat Ionian mempertahankan kawasan mereka. Setelah tentera Noxus menyerang Ionian, Udyr tidak pernah melepaskan dirinya daripada mempertahankan masyarakat Ionian. Dia melonjak kearah tentera Noxus dengan penuh sifat kebinatangan, sehingga mereka ketahui apa itu erti ketakutan. Di darat, Udyr menggunakan kukunya untuk mencakar dan menyerang tentera Noxus. Di tepi tasik, dia mencampaknya mereka seperti suatu banjir yang tak terhingga. Peranan Udyr dalam peperangan itu begitu penting sehingga tentera lawan menetahui reputasinya sebagai Udyr the Spirit Walker.

Ionia kembali aman setelah beberapa siri peperangan. Namun begitu, Udyr dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dalam dirinya. Dia dapat mendengar roh Freljord memanggilnya kebali, dimana ia menyebut bahawa suatu kuasa sihir telah kembali. Mungkinkah kuasa yang dinyatakan itu adalah kuasa Ice Witch yang telah membunuh teman Udyr sebelum ini. Bersenjatakan ilmu yang dipelajarinya besertakan silatnya, Udyr kembali ke Freljord untuk menyiasat kejadian yang sedang terjadi.

spirit_guard_udyr_walpaper_by_patweiss-d6eojel

Tags:  

Post Berkaitan

Comments