Summoner’s Rift
Kenali peta paling popular League of Legends
Asas | August 16, 2016 | By Aiman Sabri

environmentart-sru-04_1920


Bertahan dan Serang

Mercu tanda bagi erti persaingan untuk League of Legends. Detik pertempuran di Summoner’s Rift sering berlangsung secara berperingkat yang unik, bermulanya dengan pertempuran kecilan antara champion setiap lane sebelum memuncak ke arah pertempuran yang epik dalam skala besar dimana semua pemain menyertai pertempuran. Push sehingga ke base musuh, pecahkan tower dan robohkan nexus sehingga mencapai kemenangan! Kemenangan adalah di tangan anda tetapi hanya untuk mereka yang mampu sahaja.

srdb3-1

Peta yang terbesar dalam League of Legends, Summoner’s Rift dicerminkan secara menyerong dan mempunyai tiga lorang ke dalam base musuh. Setiap lorong dipertahankan oleh 3 tower dan sebuhan inhibitor manakala Nexus dilindungi sepasang tower. Kedua-dua belah peta memiliki hutan luas yang mengandungi buff yang kuat dan di kedua belah sungai pusat adalah rumah bagi 2 boss raksaksa yang kuat lagi penting.


Di Hutan 

Kawasan hutan bercermin di Summoner’s Rift, mengandungi beberapa neutral jungle camp kecil yang memberikan kuasa unik apabila menggunakan spell SMITE, di hutan juga terdapat sepasang raksaksa yang memberi hasil buff yang lebih kuat kepada champion yang membunuhnya iaitu buff merah dan biru. Pengurusan jungle buff adalah amat penting supaya dapat memaksimumkan prestasi di medan perang, jadi berhati-hati dengan mana-mana musuh yang anda lihat memasuki hutan anda. Jikalau tidak, buff anda mungkin dicuri lawan.

red buff

Crest of Cinders (buff merah)

Bunuh Red Brambleback untuk menerima buff yang memberi HP kepada champion anda dan juga menyebabkan semua serangan anda menerima kuasa yang menyebabkan lawan jadi perlahan dan menerima damage yang lebih tinggi.

blue buff

Crest of insight (buff biru) – Bunuh Blue Sentinel untuk menerima buff yang menurunkan cooldown ability dan champion anda mendapat bonus pemulihan mana.


The Dragon!

image1428346821

Lokasinya berada di sungai berdekatan dengan lane bawah. Boss monster ini selalunya dilawan secara berkumpulan. Dengan mengalahkan Dragon, seluruh team akan mendapat buff yang tetap sepanjang permainan. Dragon akan muncul semula sebanyak 5 kali dan jikalau anda mengalahkanya beberapa kali, bonus buff tambahan yang seluruh team menerima mampu menguatkan seluruh team bagi sepanjang game. Dengan setiap kali kemunculanya, Dragon akan menjadi lebih kuat dari segi HP dan juga serangan. Setiap buff yang anda terima dari dragon adalah berbeza dan menguatkan pasukan dari pelbagai segi bergantung kepada bilanya muncul semula Dragon.

  • Dragon Might : Menerima bonus damage serangan serta ability power sepanjang game.
  • Dragon Wrath: Menerima bonus damage menentang tower dan bangunan lawan.
  • Dragon Flight : Menerima bonus kelajuan pergerakan sepanjang game.
  • Dragon Dominance: Menerima bonus damage menentang minion dan monster.
  • Aspect of the Dragon: Menerima bonus buff dimana segala bonus Dragon yang sebelumnya
    menjadi 2 kali ganda lebih kuat dan serangan champion anda
    bertambah tinggi.


Baron Nashor

Baron_Nashor_VU

Boss monster ini terletak di sungai berdekatan dengan lane atas. Amaran! Jikalau ingin bertemput dengan Baron Nashor, anda harus bersiap sedia untuk satu pertarungan yang sengit. Baron Nashor adalah jungle creep yang terkuat di dalam League of Legends. Dengan mengalahkan makhluk ini, anda akan mendapat antara buff terkuat dalam game iaitu Hand of Baron.

  • Hand of Baron: Sebuah buff yang meningkatkan damage serangan serta ability power,
    sementara merendahkan cooldown recall (balik base) dengan banyak.
    Ia juga meningkat kekuatan minion wave anda di mana mereka menerima
    bonus seperti bertambahnya jarak serangan, damage serangan, kelajuan
    pergerakan dan juga penguragan damage yang diterima.


Pesanan Penulis

Bersiap sedia menghadapi pertempuran.
Jangan lupa HAVE FUN!

League-of-Legends-Dominion-LoL

 

Post Berkaitan

Comments