LeBlanc: Sudah Berbeza?
Gosip Penukaran Champion LeBlanc yang akan datang
Development | August 17, 2016 | By Aiman Sabri

 

le blanc

Dalam entri terbaru, Dev Corner League of Legends membincangkan peranan assassin terutama sekali cara permainan LeBlanc. Menurut 20thCenturyFaux, LeBlanc mempunyai potensi untuk menjadi assassin yang lebih menyeluruh dari segi kombinasi skil digunakan serta impak yang diberi dalam serangan secara berkumpulan. Apakah LeBlanc bakal menjadi lebih OP dengan kemaskini terbaru ini?

 

le

Pada pendapat penulis, memang benar skil pasif LeBlanc iaitu Mirror Image boleh digunakan dengan lebih kreatif kerana corak permainannya boleh dikatakan terlalu asas apabila berdepan champion yang lebih kompleks. Bagaimanapun, LeBlanc merupakan salah satu champion yang banyak bergantung pada tahap penggunanya. Sebarang kemaskini terhadap LeBlanc pasti disambut baik pemain sensasi dunia seperti SKT T1 Faker dan TSM Bjergsen.

 

Berikut adalah kenyataan rasmi 20thCenturyFox mengenai LeBlanc:

 

Apa khabar semua!

 

Seterusnya dalam senarai assassin, kami akan cuba mendekati seorang lagi champion berbisa iaitu LeBlanc, The Deceiver. Beliau merupakan asasin yang menyerlah dalam mengeliru dan memperdayakan musuhnya namun sering dilihat menggunakan kombinasi skil W->RW+Q(atau E) berulang kali dari jarak jauh. Hasil daripada damage tinggi itu memaksa LeBlanc untuk mengenepikan skil-skil lain demi serangan menggunakan badannya itu; serangan W juga membenarkan LeBlanc pulang ke tempat asal dalam sekelip mata setelah menyerang. Kami ingin melihat skil yang lain menyerlah juga, apapun jika LeBlanc mampu berada selangkah dihadapan musuhnya setiap masa maka serangan daya kasarnya mampu membelasah mana-mana lawan.

 

Itu harapan kami- kuasai teknik dan ‘trik’, kekalkan mobiliti dan pastikan anda mempunyai masa untuk menikmati kuasa LeBlanc. Teknik memperdayakan musuh hanya boleh dikuasai menerusi pengawalan situasi, kemudian tanyakan pada diri apakah pendekatan yang perlu diambil oleh anda supaya pihak lawan seolah-olah ‘terpaksa’ membuat kesilapan? Secara ringkasnya, mobiliti dan trik LeBlanc memastikan dia mampu merampas nyawa pihak lawan, pada masa yang sama menyelamatkan diri sendiri. Bagaimanapun, ada kalanya kombinasi serang-pulang itu boleh menjejaskan posisinya sekali gus terlepas satu pembunuhan penting. Banyak boleh berlaku dari saat LeBlanc menerjah musuhnya dan saat dia pulang ke tempat asalnya.

 

Jadi, kami telah mengkaji semula kebolehan LeBlanc dalam perlawanan dengan harapan dapat menjadikannya sebagai satu assassin yang lengkap dalam membunuh champion lain, pada masa yang sama membantu rakan-rakan sepasukan. LeBlanc sering dianggap pembunuh champion nyawa kritikal sahaja, kami ingin membuka dimensi baharu dalam cara permainannya.

 

Jangkaan ingin dipenuhi:

 

  • Memastikan LeBlanc tidak terlalu bergantung kepada skil W. Buat masa ini, skil W merupakan skil paling dituamakan oleh pemain League kerana mudah membunuh champion. Jadi, kami ingin melihat LeBlanc menggunakan ketiga-tiga Q,W dan E (semestinya R Juga) secara seimbang setelah memulakan pertempuran bersama musuhnya. Dengan ini, pihak lawan mempunyai ruang untuk bertindak balas apabila LeBlanc menggunakan W walaupun damage keseluruhan masih dikekalkan.

 

  • Menjadikan skil memperdayakan musuh sebagai satu skil aktif. Skil pasif LeBlanc membenarkan champion ini melakukan pelbagai serangan unik namun ada kalanya ia terlalu mudah untuk dibaca pihak lawan. Kami ingin cuba menjadikan skil itu sebagai salah satu skil utama dimana pengguna LeBlanc boleh mengatur kombinasi serangan dan kuasa pasif dengan lebih lancar – sama ada menggunakan Mirror Image untuk membunuh champion lain ataupun sebagai satu trik penipuan ketika dalam lane..

 

  • Memastikan LeBlanc memberi impak kepada rakan-rakan sepasukan. LeBlanc sepatutnya menggunakan skil pasif supaya lawannya terus berteka-teki dengan pergerakannya. Apa yang dimaksudkan adalah sama seperti tipu helah Zed dan Shaco namun LeBlanc mampu dimanfaatkan dengan lebih besar. Bayangan yang ditinggalkan LeBlanc mampu memberi impak yang amat besar sekiranya ia boleh muncul tanpa kehadiran LeBlanc di lokasi tersebut.

 

Jadi, ini merupakan pandangan kami mengenai LeBlanc! Sila menyertakan segala pertanyaan atau komen anda di bawah!
Lihatlah kehebatan champion LeBlanc!

 

Sekian,

 

Penulis : AHADILHI

Post Berkaitan

Comments