LoL-lympics
League of Legends ke Olimpik?
Antarabangsa | August 17, 2016 | By Aiman Sabri

OlimpikLatihan berjam-jam, atlet-atlet berkaliber tinggi, berjuta-juta penyokong dari seluruh dan kejohanan berperingkat dunia.

 

Pada dasarnya, eSukan seperti sukan biasa. Namun tidak, ia sesuatu yang luar biasa.Sukan elektronik iaitu sukan permainan video kompetitif secara online, kini telah menjadi fenomena yang terkenal secara antarabangsa dan merupakan pentas rasmi bagi pasukan gaming sedunia.

olimpik 2

Sebaris dengan initiatif untuk memperkenalkan eSukan kepada dunia, eGames -kejohanan dua hari hasil daripada kerjasama kerajaan United Kingdom (UK) sempena London Games Festival – akan berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil bermula minggu depan.

Biarpun tidak memiliki sebarang talian bersama temasya Sukan Olimpik tahun ini, kejohanan itu memberikan peluang emas kepada pahlawan eSukan untuk mewakili negara masing-masing dengan harapan meraih pingat emas, perak dan gangsa (tiada hadiah wang tunai).

Disebabkan kesuntukan masa bagi pihak penganjur, hanya empat negara – UK, Kanada, Brazil dan Amerika Syarikat (US) – akan mengambil bahagian.

Kejohanan-mini tersebut bertindak sebagai satu suntikan motivasi terhadap negara masing-masing supaya melakukan persiapan rapi sebelum menyahut cabaran Kejohanan eGames Antarabangsa di London 2017 dan Kejohanan eGames Korea Selatan 2018 di Pyeongchang.

olimpik 1

 

Namun, persoalannya: Apakah eSukan perlu diiktiraf sebagai sukan Olimpik rasmi?

Pada Januari 2015, Jawatankuasa Olimpik Korea (KOC) mengumumkan akreditasi bagi eSukan sebagai sukan Olimpik tahap kedua, setelah didesak Persatuan eSukan Korea (KeSPA) untuk mengadakan permainan video online serta sukan-sukan lain seperti chess, polo dan sukan sorak (cheerleading).

Darren Kwan selaku Presiden Persatuan eSukan Australia dan merupakan seorang ahli ternama dalam Persekutuan eSukan Antarabangsa (IeSF), berkata: “eSukan melambangkan fenomena moden dalam dunia sukan yang patut dikandungi dalam program Olimpik”.

olimpik 3

Sasaran utama bagi IeSF adalah menarik perhatian Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk menyenaraikan eSukan dalam kejohanan paling bersejarah di dunia: temasya Olimpik.Jawatankuasa Antarabangsa Persekutuan Olahraga (IAAF) turut menjalinkan kerjasama bersama IeSF tahun lepas sebagai tanda sokongan terhadap eSukan.

“Atlet-atlet daripada sukan seperti NBA dan bola sepak juga mempunyai harapan tinggi bagi atlet eSukan” kata Kwan.”Saya percaya bahawa penerimaan eSukan dikalangan ramai akan tercetus apabila mereka mula memahami tahap komitmen, sesi latihan dan kesukaran yang dihadapi bakat-bakat muda ini.”

olimpik 4

 

Fakta-fakta eSukan

*Pemain eSukan menjalankan persiapan rapi sepanjang bulan sebelum menghadapi kejohanan, sekali gus mencapai jumlah tontonan lebih tinggi berbanding final NBA.

*Tahun lepas, The International, iaitu kejohanan eSukan Dota 2 mengumumkan hadiah bernilai lebih USD18 juta, lebih daripada Super Bowl Amerika dan Piala Dunia Kriket di mana pemenang membawa pulang USD6.5 juta

*Menurut kajian dilakukan Universitiy Sukan Jerman, atlet eSukan  menghadapi cabaran fizikal yang sama seperti atlet sukan biasa.”Kami sangat kagum dengan tekanan yang terletak pada bakat setiap individu,” kata Professor Ingo Froböse.

“Atlet eSukan mencapai 400 pergerakan setiap minit ketika menggunakan tetikus dan papan kekunci. Di samping itu, kedua-dua belah otak digunakan secara serentak,”Kajian Professor Froböse turut mendedahkan atlet eSukan mencatat denyutan nadi sepantas 160-189 denyutan setiap minit, kadar yang sama dengan pelari pecut dalam maraton.”

Namun, masih ada golongan yang enggan melihat eSukan dipertandingkan dalam temasya Olimpik. Biarpun eSukan menerima pengiktirafan sebagai sukan Olimpik tahap kedua, beberapa pemain dan penyokong menyifatkan pencalonan eSukan tidak sesuai disebabkan eSukan membabitkan pelbagai jenis permainan video yang amat berbeza. Berikut adalah kenyataan inquirer.net yang dilaporkan.

 

Apa yang pasti, Jawatankuasa eSukan Antarabangsa ingin merealisasikan impian ini.

Chester King, the Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan eGames Antarabangsa, berkata: ”Kami ingin mengambil contoh daripada dunia sukan sebagai satu motivasi untuk permainan video kompetitif”

“Kami ingin memberi kredibiliti kepada sektor ini, memartabatkan pemain kami dan memberi insipirasi kepada penyokong sedunia,” kata King.

Mr Kwan: “Pencalonan Olimpik akan mengemukakan peluang keemasan buat atlet-atlet untuk membidik kejayaan di pentas terbesar dunia mahupun kejohanan domestik masing-masing,” tambah Kwan.Tetapi, pengiktirafan eSukan sebagai sukan Olimpik tidak memberi sebarang jaminan bahawa ia akan menjejaki pentas terunggul dalam masa terdekat.  .

Penulis : AHADILHI

Post Berkaitan

Comments