Top 5 League of Legend Teams
Di alam professional League of Legends
Antarabangsa | August 17, 2016 | By Aiman Sabri

WorldChampionshipWorlds Championship League of Legends seumpama World Cup bola

Worlds semakin dekat. Tahun lepas, pasukan dari Korea Selatan mendominasi 2015 Worlds Championship di Eropah. Bagaimana pula dengan tahun ini, di mana Worlds akan dianjurkan di Amerika Utara? Adakah pasukan Korea Selatan akan terus mengekalkan taring tajamnya, atau kecundang di bawah pasukan yang tidak kurang hebatnya dari Amerika dan Eropah? Kita tunggu dan lihat.

Sementara menunggu kehangatan Worlds yang bakal bermula Oktober nanti, mari kita selami 15 pasukan yang bakal mendapat perhatian dunia dalam arena League of Legends.

 

1. ROX Tigers

rox

 

Rekod: 15-3 (30-10) |Liga: LCK | +/-: Tiada Perubahan

Oh lihat, ROX Tigers memenangi satu lagi gelaran musim dan berada di tempat teratas dalam Global Power Rankings. Sangat mengejutkan! The Tigers memenangi musim LCK  untuk kali ketiga dalam empat musim, dan kini mereka perlu menunggu sehingga ke final musim panas untuk mana-mana pasukan bertemu dengan mereka dalam pertembungan epik. Setelah kalah dalam tiga kejohanan besar di peringkat final, ditumpaskan oleh SK Telecom T1, ini merupakan musim di mana Tigers perlu menang supaya mereka dianggap pasukan terbaik di Korea Selatan. Dan bagi si pakar top lane dan pemain MVP dua kali dalam liga, Song “Smeb” Kyung-ho, ini merupakan peluang untuk meletakkan dirinya sebagai pemain terbaik dunia.

 

2

2. EDward Gaming

Rekod: 16-0 (32-5) | Liga: LPL | +/-: +2

Musim ini, China telah membuktikan mereka sebagai pesaing yang hebat, kerana EDward Gaming, telah mendominasi musim dan mendapat mata, tanpa sebarang kelahahan, 16-0. Kini dengan semifinal yang akan mempertemukan pemenang Team WE dan Vici Gaming, pasukan ini telah bersedia untuk perlawanan final dengan mudah.

 

3

3. KT Rolster

Rekod: 13-5 (29-15) | Liga : LCK | +/-: +1

Selepas mendapat kemenangan ke atas Samsung dalam playoff, KT bersedia untuk menghadapi cabaran dalam final musim panas LCK summer finals. Kim “Ssumday” Chan-ho terus menjadi pemain terbaik dunia, dan beliau merupakan pemain terbaik dunia yang boleh membawakan KT ke Worlds jika diperlukan.

 

solomid

4. Team SoloMid

Rekod: 17-1 (35-6) | Liga: NA LCS | +/-: +3

TSM selesai dengan musim yang hebat regular-season dengan merampas tempat pertama daripada Immortals dan mengakhiri musim dengan mata 17-1. Kini musim sebenar bermul  untuk organisasi yang sudah memasuki  tujuh final NA LCS tapi gagal untuk memenangi dua gelaran yang terakhir baru-baru ini. Untuk majoriti pasukan di dunia, mara ke final domestik adalah pencapaian yang amat besar. Walau bagaimanapun, bagi TSM, mereka perlu memenangi NA LCS playoff untuk dianggap berjaya.

 

SKT

5. SK Telecom T1

Rekod: 13-5 (28-13) | Liga: LCK | +/-: -3

Walaupun susah untuk menaruh harapan ke atas SKT T1 dalam playoff LCK,  sang juara ini perlu bekerja keras untuk memenangi trofi. SKT T1  perlu menumpaskan KT Rolster untuk mara ke final, untuk berentap bersama ROX Tigers.

Penulis: Zariad Mikail

Post Berkaitan

Comments