Pemain Terhebat LoL?
Adakah namanya Lee "Faker" Sang Hyeok
Antarabangsa | August 18, 2016 | By Aiman Sabri

 

Dalam landskap global League of Legends , soalan ini mempunyai jawapan berbeza berdasarkan dengan siapa yang anda tanya. Sesiapa yang selalu melihat permainan Amerika Utara akan menyokong mereka,  dan sesiapa yang selalu menonton perlawanan di Taiwan pula akan menyokong pemain dari Taiwan. Yang penting, semuanya terbuka untuk perbincangan.

Baiklah, kita mulakan dengan pencalonan yang ‘obvious’. Semua masti terbayang namanya apabila membaca topic ini, siapakah yang terhebat di dalam dunia League of Legends? Kepada mereka yang tidak kenal siapakah si dia, marilah saya perkenalkan anda kepada Faker.

faker

 Lee “Faker” Sang-hyeok (SK Telecom T1)

Nama Lee Sang Hyeok (이상혁)
Umur 20 (7 May 1996)
Asal Korea
Team SK Telecom T1
Hasil Kutipan $554,086.98 daripada 29 Tournaments (RM 2,211 ,278)
ID Alternatif BarcodeKiller, Faker, hide on bush, SKT T1 Faker, 고전파
Champion Terbaik Ahri, Fizz, Le-Blanc, Orianna dan Zed

 

Pada bulan Februari 2013, SK Telecom mendedahkan League of Legends pasukan terdiri daripada Impact, Bengi, Piglet PoohManDu, dengan Faker di lorong tengah. Pasukan itu telah dipanggil “SK Telecom T1 # 2” untuk membezakannya dengan pasukan lama StarCraft: Brood Wars.

SKT Telecom layak ke kejohanan OnGameNet, mereka dianggap underdog (kemungkinan rendah untuk menang)  menentang pasukan kuasa besar seperti CJ Entus Blaze dan Najin Sword. Pasukan SKT menewaskan mereka dengan cara yang mengejutkan dan mengambil tempat pertama dalam kumpulan mereka, akhirnya memenangi tempat ke-3 dalam kejohanan itu. Faker cepat membuat nama untuk dirinya sendiri dalam kejohanan itu semasa perlawanan menentang MVP Blue. Bermain sebagai Leblanc, dia pergi 10-0-1 pada minit ke-18 dan memaksa pasukan lawan menyerah diri pada minit ke-20.

maxresdefault (1)
Setelah itu pasukan Faker telah dinamakan semula kepada “SK Telecom T1” selepas pasukan utama, SK Telecom T1 # 1, dibubarkan. Melangkah ke hadapan ke dalam HOT6iX OnGameNet Juara-Juara musim panas 2013, Faker meneruskan prestasi mendominasi dan banyak menyumbang kepada menyapu belakang Bullets KT Rolster dalam pertandingan akhir dan memenangi kejohanan tersebut. Kemenangan melayakkan mereka ke pusingan akhir Musim ke-3 Wilayah Korea di mana mereka sekali lagi menghadapi Bullets KT Rolster dalam peringkat akhir, menang sekali lagi dan layak Musim 3 World Championship. (Fuh gila babi)

Sebagai pasukan pilihan untuk memenangi keseluruhan kejohanan, Faker dan SK Telecom T1 membantai persaingan dengan rekod 15-3, pantas menewaskan Royal Club 3-0 dalam pertandingan akhir untuk memenangi hadiah wang tunai $ 1,000,000 . Selepas hanya setahun pertandingan, Faker membuktikan kepada dunia bahawa dia adalah  pemain terhebat League of Legends.

maxresdefault (2)

Al-Pendapat Penulis

Sebagai seorang pemain League of Legends, saya berpendapat bahawa sememagnya Faker adalah pemain Mid Lane terhebat dalam League of Legends. Memang saya akui bahawa sudah berjuta kali saya tonton video Faker di Youtube, Faker adalah mentor saya di alam maya kerana memang tidak dapat dinafikan bahawa dia hebat.

Tetapi adakah adil untuk kita mengatakan bahawa dia yang terbaik dan terhebat? Faker hanya main Mid champion dan sememangnya adalah tidak adil jikalau kita hanya memberi tumpuan kepada pemain mid. Bagaimana dengan mereka yang main posisi lain seperti support, top, jungle AD carry? Di sini saya ingin mengatakan bahawa setiap posisi adalah penting dan tiada posisi yang lebih diutamakan, salah satu faktor untuk kita lihat kehebatan pemain adalah skill dan plays yang dia lakukan tanpa kira posisi. Bagi pendapat saya, Faker adalah mid laner terhebat, tetapi adakah dia pemain terhebat? Ikuti article seterusnya untuk kita lihat pemain lain yang dapat memberi saingan kepada Faker untuk posisi PEMAIN TERHEBAT.

 

Post Berkaitan

Comments