Haruskah kita ‘toxic’?
Kawal emosi anda dengan tips-tips ini.
Lain | August 18, 2016 | By Aiman Sabri

download (1)download

OK, aku paham. Kau balik rumah, nak rehat, nak hilangkan stress dan kau nak ada masa untuk kau sorang. Hidup ni memang palat, full stop. So kau bukak laptop nak main LoL, game kegemaran kau tapi bila kau main, kau bertambah stress. Takpe, aku paham kenapa, Jungler kau tak pernah nak gank, mid kau asyik feed, ADC kau pulak asyik kene pawn dan lepastuh dia terus giveup! Lagi panas bila kau pulak main support. Mesti la mengamok kan dan sebab tuh la kau tanak main support, sebab kau tak percaya orang lain!

Itu semua satu masalah yang kita semua alami. Mustahil untuk seseorang cakap dia tak pernah alami perkara macam tuh sebab kau alami benda tuh setiap kali kau main kan, hampir setiap malam. Game ni kau main untuk menang tapi mentality orang lain main macam bodoh, bangang dan basically tak guna maka last last bazir masa kau.

tanda_tangan_lebay (1)

Meh sini aku bagi perspektif sikit, Ye perasaan marah itu memang wajar kita rasa, sebab ianya emosi di mana kau begitu marah orang lain, kerana benda yang senang macam tuh pon mamat tuh tak boleh buat. Bodoh ke apa?

TETAPI, tindakan kau selepas kejadian itu yang penting. Mengapa? Tindakan selepas itu adalah atas diri kau sendiri. Tindakan kau untuk maki hamun dan kutuk tuh, itu yang PROBLEM besar. Mungkin pada awalnya kau rasa memang patut orang tuh kene kutuk, tapi kekadang kita pon buat silap, best tak kalau ada orang terus maki kau? Dah bermula dah gaduh pada awal-awal game. Kan dah jadi bodoh terus team kau.

photo

Kalau nak marah! Marah team lawan dan bukan team sendiri! Tunjukkan perasaan marah dengan aksi skill anda.

  • Ianya menganggu tumpuan team kau sendiri
  • Ianya membuat kau sendiri tak boleh focus
  • Semua orang tak boleh bermain sepenuhnya kerana dok bergaduh
  • Semua orang stress dan game jadi BODOH

So, nak buat apa kalau kau rasa marah? Ni haa cadangan.

  • Buat lawak
    Ad Carry kau kene first blood. Cuba buat lawak seperti:
    ” Takpe Bro, lebih elok kau kene first blood dari aku”
    ” Jangan risau anakku, japgi bapak balas dendam”
    ” Takpe bro, japgi kita smackdown dia”
  • Tukarkan kemarahan kepada motivasi, balas dendam!
  •  Bagi nasihat dengan cara yang positif, jangan la perli

Friend_Kamehameha7
Kerjasama Kunci Kemenangan

Penggunaan tips-tips ini dapat menukar prestasi team anda. Tak percaya? Cuba try sekali.

Munkin anda sendiri akan terkejut bagaimana dengan penggunaan kata-kata yang positif, keputusan perlawanan anda mungkin berubah. Nak marah dan kutuk memang senang, tapi nak bangkit dari kekalahan dan mencapai kejayaan, itulah perasaan yang setiap pemain inginkan. Perasaan puas hati kerana dapat mengatasi situasi yang hampir mustahil. Itulah erti dan perasaan kemangan bagi saya.

Hidup ini memang palat, tapi esok ada lagi =)

Tags:  ,

Post Berkaitan

Comments