KLH tewas di GPL
Prestasi Kuala Lumpur Hunters (KLH) di GPL 2016
TLC/Malaysia | August 18, 2016 | By Aiman Sabri

1

Dari kiri: CoolKitty, OzoraVeki, 13Ghost, CO4, SOUPerior dan Qaspiel

Sekali lagi, Kuala Lumpur Hunters (KLH) terpaksa akur dengan kegagalan untuk menjadi wakil Malaysia pertama memenangi Liga Perdana Garena (GPL) iaitu kejuaraan utama bagi peringkat Asia Tenggara.

Biarpun memulakan kejohanan dengan langkah kanan, KLH tidak dapat beraksi pada tahap yang sama dengan gergasi-gergasi ASEAN seperti Saigon Jokers (Vietnam) dan Bangkok Titans (Thailand). Namun, aksi yang dipamerkan KLH menentang Vestigial, Acclaim EmpireX dan Kanaya Gaming adalah bukti bahawa The Hunters memiliki barisan yang berpotensi tinggi untuk membina nama Malaysia dalam dunia eSukan.

Persoalannya, apakah kesilapan yang dilakukan KLH kali ini? Tatkala The Hunters mendahului carta GPL pada aksi hari kedua di Vietnam, mereka juga mengesahkan kelayakan lebih awal berbanding finalis BKT. Apa yang pasti, KLH terlepas satu lagi peluang emas dalam Road to Worlds 2016. Mari kita lihat apa sebenarnya yang terjadi!

Prestasi Jungler semakin malap

2

 

Sze Pin Sia, lebih digemari sebagai KLH Qaspiel, merupakan Jungler terbaik negara apa tidaknya, beliau diberi anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam kejohanan The Legends Circuit (TLC) Malaysia tahun ini. Namun, Qaspiel ternyata bergelut di hadapan lawan yang lebih mencabar dan hanya mampu mencatat 5 Kill dalam dua daripada lapan perlawanan dalam GPL Summer 2016.

Lebih lagi, Jungler itu hanya mencapai purata 12.2K Gold dalam jumlah lapan perlawanan sekali gus menyaksikan SAJ HanYiAnn dan BKT Sekk memintasnya dengan begitu mudah. Sememangnya, KLH perlu mengkaji semula penerapan taktik terutama sekali pilihan Rek’Sai yang tampak kurang efektif pada peringkat ini.

 

Bidikan AD Carry kurang tepat

4

Perlawanan penutup GPL tahun ini juga bermakna ‘Selamat tinggal, CoolKitty’. Setelah mengisi kekosongan yang ditinggalkan kapten Orange ESports terbaru, JaeYoong pada September 2015, kini The Hunters terpaksa lihat Joseph Lim Ken Zhen angkat kaki.

Sama ada beroperasi sebagai Jhin atau Ashe, pemain bertubuh sasa itu tidak dapat memenuhi tanggungjawab beliau selaku penyerang damage utama The Hunters. Biarpun tahun 2016 merupakan musim terakhir buat CoolKitty, prestasinya yang amat mengecewakan tidak boleh diketepikan sehingga KLH terpaksa membawa masuk CO4 sebagai penggantinya. Apakah CO4 akan diberikan kepercayaan selaku AD Carry tahun depan?

Pemain terlalu mudah ‘Tilt’

Bagi penulis, perbezaan paling ketara antara KLH dengan BKT dan SAJ adalah kekuatan mental sepanjang perlawanan. ‘Tilt’ atau ‘Tilting’ menandakan kejatuhan sebuah pasukan setelah membuat kesilapan berkali-kali di mana mereka gagal menunjukkan semangat untuk kembali bangkit. Sebagai contoh, BKT memulakan saingan GPL dengan 2 kekalahan, namun mereka berjaya menidakkan SAJ dan KLH sebelum mara ke pusingan playoff.

Dalam perlawanan final, SAJ membuktikan kekuatan mental menentang BKT biarpun ketinggalan 9 Kill, 12K Gold dan dua buff Baron untuk mencetak kemenangan epik 29-26 di hadapan penyokong sendiri. Semangat dan kematangan pasukan-pasukan elit ini adalah satu perkara yang harus dicontohi pemain Kuala Lumpur Hunters. Apapun, impian Malaysia ke Worlds iaitu Kejohanan Dunia masih lagi satu impian yang realistik.

Penulis : AHADILHI

Post Berkaitan

Comments