British eSports Association untuk memperkasa e-Sukan di Great Britain
Setelah Malaysia, sekarang UK pula
LCS NA/EU | August 22, 2016 | By Aiman Sabri

4

Badan-badan rasmi mula memberikan perhatian kepada e-Sukan. Tidak ketinggalan, kerajaan British juga mengambil inisiatif ini.

Great Britain berhasrat untuk membentuk ‘British eSports Association’. Pelik untuk mereka menubuhkan perbadanan ini setelah Brexit berlaku, apatah lagi Britain berkemungkinan tidak akan wujud jika Scotland keluar daripada mereka, tapi apa yang pasti, pengembangan e-Sukan di sana berlaku dengan pantas.

Menurut perbadanan itu, mereka akan berpusat di Pinewood Studios. Mereka berkata, “Sebagai Badan Kerajaan Nasional untuk e-Sukan di United Kingdom, kami akan bekerjasama dengan Jabatan Budaya, Media dan Sukan untuk membantu dan menjadi wakil para pemain di semua peringkat; membangunkan arena permainan video yang kompetetif yang akan memupuk bakat yang terpendam; menyokong pemain profesional sedia ada dan menyediakan infrastruktur untuk menghasilkan juara British dunia.”

Perbadanan itu mendakwa mereka telah diberikan kuasa oleh kerajaan Great Britain, walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada mereka. Perbadanan tersebut akan diketuai oleh Andy Payne OBE, dikenali dalam pertubuhan game UK seperti UKIE dan pertubuhan amal, GamesAid. Beliau juga berkata, “Ini merupakan satu inisiatif hebat untuk e-Sukan dan ini adalah masa yang terbaik untuk menubuhkan organisasi ini daripada akar umbi.”

download3

British eSports Association masih lagi memikirkan impak yang mereka boleh berikan. Mari kita lihat, bagaimana e-Sukan boleh menjadi lebih terkenal di arus perdana dan apakah manfaat yang boleh diperolehi e-Sukan British, dengan adanya kehadiran mereka.

Penulis : Zariad Mikail

Post Berkaitan

Comments