KLH 2017?
Apakah Nasib Pasukan Harimau Cyber kita?
TLC/Malaysia | August 22, 2016 | By Aiman Sabri

1

Setelah mengakhiri kejohanan Liga Perdana Garena (GPL) di tangga ketiga, Kuala Lumpur Hunters (KLH) menutup tirai saingan tanpa sebarang gelaran dari pentas Asia Tenggara tahun ini. Apa yang pasti, The Hunters akan melakukan persiapan lebih rapi supaya dapat memberi tentangan yang lebih hebat pada tahun 2017.

Penguasaan arena domestik tahun ini merupakan satu perkara positif yang boleh menjadi pengubat musim ini. Kehilangan KLH CoolKitty adalah satu perkara yang perlu diselesaikan dengan serta-merta supaya pasukan berlima itu dapat menemui keserasian dengan lebih awal. Namun, siapa mampu jadi pengganti CoolKitty?

 

Mampukah CO4 ambil alih posisi AD Carry?

Adrian Leng Seet Hing, merupakan pemain gantian yang beraksi bawah nama samaran CO4 dan diturunkan dalam dua perlawanan menentang Saigon Jokers (SAJ) dan Bangkok Titans (BKT). Bagaimanapun kedua-dua perlawanan itu tidak membawa makna besar tatkala KLH sudah layak lebih awal sebelum menemui SAJ, manakala BKT mendahului KLH 2-0 dalam siri lima perlawanan menjelang perlawanan ketiga itu.

2KLH CO4 sentiasa sedia memberi bantuan kepada rakan sepasukan

Persoalannya, apakah KLH akan meletakkan kepercayaan pada CO4 musim depan? Secara jujur, KLH amat memerlukan angin baru terutama sekali dalam posisi AD Carry sekiranya serius untuk mengambil langkah seterusnya.. Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi daripada The Hunters.

AWAS! Orange ESports menunggu dalam TLC MY

Bagi KLH, tumpuan kini beralih ke saingan The Legends Circuit (TLC) Malaysia. Pada edisi lepas, KLH mendominasi lawan mereka dan kejohanan itu menyaksikan The Hunters tewas hanya sekali sepanjang kejohanan berlangsung. Biarpun jurang KLH dengan pasukan lain agak lebar, diharapkan The Hunters tidak mengambil mudah dalam TLC tahun depan. Kekalkan taktha anda sebagai pasukan utama di Malaysia!

3

Enggan berputih mata, Orange ESports melakukan rombakan drastik tahun ini apabila barisan pemain Korea Utara mereka digugurkan serta-merta ekoran prestasi hambar dalam TLC. Keputusan itu menyaksikan ORG bawa masuk kelima-lima pemain Dulcet Essence (eS), selaku naib juara TLC MY, Julai lepas. Biarpun tidak beroperasi secara pasukan ‘Full-Time’, barisan ORG terbaru – diketuai bekas kapten KLH, JaeYoong – pasti menyerlah bawah naungan jenama sebesar Orange Esports. KLH perlu berhati-hati dalam TLC, pada masa yang sama berani menerapkan strategi baru supaya tidak terlalu jauh ketinggalan dengan kuasa-kuasa ASEAN lain.

Post Berkaitan

Comments