Perubahan Format IEM
Persaingan yang lebih dinamik serta sengit
Antarabangsa | August 22, 2016 | By Aiman Sabri

5IEM reformasi LoL, tambah satu pasukan dari setiap wilayah di setiap kejohanan dan mengeluarkan undian peminat

Intel Extreme Masters telah mengubah suai keseluruhan acara tahun ini buat League of Legends, bermula dengan penambahan dua pasukan untuk setiap kejohanan.

Kejohanan IEM sebelum ini menampilkan enam pasukan, dengan campuran pasukan yang diundi oleh para peminat serta pasukan jemputan. Kini, setiap lapan pasukan akan dipilih berdasarkan persembahan mereka di peringkat wilayah dan ketika Worlds. Sementara itu, pasukan wildcard antarabangsa akan mengharungi kelayakan yang berasingan untuk mengetahui pasukan yang mewakili IWC di acara IEM.

Lapan pasukan itu turut akan menampilkan satu pasukan dari wilayah utama, berbanding dengan dua pasukan NA serta EU, dan satu pasukan setiap satu, masing-masing dari China dan Korea. Hasil daripada format yang telah diperkembangkan, tiada pasukan akan menerima bye untuk ke separuh akhir dan kesemua pasukan akan bermain dalam double-elimination di peringkat kumpulan sebelum dua pasukan dari setiap kumpulan layak ke pusingan playoff.

iem

“Dalam usaha untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada kedua-pihak, iaitu pemain dan peminat untuk sama-sama menerokai pengalaman dalam perlawanan kegemaran mereka, IEM Musim 11 akan menampilkan lebih banyak pasukan League of Legends berbanding tahun-tahun sebelumnya,” jelas IEM dalam kenyataan akhbar. “Dengan perkembangan di peringkat antarabangsa buat League of Legends, kami mahu memastikan kejohanan IEM akan memiliki penyertaan yang terhebat buat semua.”

IEM Oakland akan menjadi acara pertama untuk penampilan format baru itu, walaupun pasukan jemputan masih belum diumumkan. IEM Oakland berlangsung pada 19 sehingga 20 November di Oakland, California.

Penulis: NBA

Post Berkaitan

Comments