Selamat Tinggal Deilor
Fnatic kehilangan ketua jurulatih
LCS NA/EU | August 22, 2016 | By Aiman Sabri

 

a

Luis “Deilor” Sevilla mengundurkan diri dari jawatan ketua jurulatih buat pasukan League of Legends Fnatic, berdasarkan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh badan induk pada pagi Sabtu.

Nico “NicoThePico” Korsgård, bekas ketua jurulatih Origen, telah berkhidmat sebagai pembantu jurulatih buat Fnatic selama tiga minggu dan akan mengambil-alih jawatan ketua jurulatih.

Kenyataan tersebut menjelaskan keputusan antara Deilor dan Fnatic adalah keputusan bersama, dan ia adalah “untuk memberikan peluang terbaik buat pasukan pada masa hadapan.” Fnatic turut mengakui ia adalah satu perubahan yang drastic, memandangkan summer playoff EU LCS akan bermula pada minggu hadapan.

“Walaupun keputusan ini adalah kelihatan sesuatu yang memeranjatkan, kami bersetuju bahawa ia penting untuk memberi permulaan baru buat pasukan, untuk berada di bawah kendalian jurulatih baru secepat mungkin.”

maxresdefault (1)

Dalam kenyataan itu, Deilor turut menjelaskan, dia tidak merasakan dirinya memberi apa-apa faedah buat pasukan disepanjang tempohnya memegang jawatan ketua jurulatih serta potensi pada jadual semasa.

“Keputusan kami adalah hasil daripada bagaimana pasukan telah berusaha dan ia jelas bahawa kami menghadapi beberapa isu yang saya tidak dapat selesaikan,” jelas Deilor.

“Untuk beberapa bulan terakhir, hasil kerja saya tidak membawa kepada persekitaran yang sihat, pasukan tidak menunjukkan apa-apa peningkatan dan kami tidak meraih hasil yang positif. Pada pandangan saya, ia sesuatu yang tidak boleh diterima berdasarkan bakat yang kami miliki.”

s

Dia juga berkata bahawa apa yang beralku adalah titik akhir buat kariernya selaku jurulatih dalam League of Legends, tetapi tidak merancang untuk meninggalkan terus bidang dalam esports.

“Walaupun minat saya dalam eSports sangat tinggi, saya tidak akan meneruskan kejurulatihan dalam League,” katanya dalam kenyataan tersebut. “Saya merasakan industry ini masih dalam peringkat awal dan saya positif mampu melakukan sesuatu dari segi pembangunan serta perniagaan.”

Walauun Fnatic bermula garang pada musim biasa ketika summer split, prestasi pasukan mula merosot sewaktu Minggu ke-5, dimana mereka tewas 2-0 kepada pasukan seperti Giants Gaming dan G2 Esports. Fnatic menamatkan Split di tempat kelima selepas tewas pada perlawanan penentuan menentang H2k-Gaming.

Deilor melatih pasukan EU LCS Fnatic selama hampir dua tahun serta membantu mereka meraih rekod hebat 18-0 ketika  Summer Split 2015, menjadikan mereka pasukan LCS pertama dalam sejarah melakukannya. Dia juga membawa mereka ke separuh akhir sewaktu Worlds pada tahun lalu, dimana mereka tewas kepada KOO Tigers untuk sekadar menamatkan saingan di peringkat ke-3 dan ke-4.

Perlawanan Fnatic seterusnya akan berlangsung sewaktu suku akhir summer menentang H2k-Gaming pada Ahad.

 

Penulis: NBA

Tags:  , ,

Post Berkaitan

Comments