Vietnam Juara GPL
Perjalanan ke Worlds 2016
TLC/Malaysia | August 22, 2016 | By Aiman Sabri

 

cMenewaskan Thailand, Vietnam dinobatkan juara GPL Summer 2016

 

Garena Premier League (GPL) musim panas 2016 pusingan final menyaksikan pertarungan dua pasukan gergasi Asia Tenggara, Saigon Jokers (SAJ) dari Vietnam dan Bangkok Titans (BKT) dari Thailand.

Melangkah ke perlawanan pertama, SAJ mendahului pada awal permainan. Namun, G4 daripada BKT memberikan persembahan hebat dengan Ekko beliau. Akhirnya BKT mendapat kemenangan dan mendahului perlawanan dengan mata 1-0.

ggg

Walau bagaimanapun, SAJ mendapatkan semula semangat mereka dengan permainan hebat Taliyah oleh Warzone dalam perlawanan kedua dan Kog’Maw oleh Celebrity dalam perlawanan ketiga. Suasana semakin tegang apabila BKT memenangi perlawanan yang keempat, membawa kedua-dua pasukan ke perlawanan kelima, untuk pertarungan kalah mati.

Perlawanan kelima adalah perlawanan yang penuh dengan emosi. SAJ mendominasi permainan, tetapi BKT terus berjuang dengan gigih. Walau bagaimanapun, Celebrity daripada SAJ mendapatkan Quadra Kill, membuatkan para penonton Vietnam bersorak dengan kegembiraan. Impian BKT dari Thailand untuk memenangi GPL, punah.

Akhirnya, selepas 5 perlawanan, pasukan Vietnam mempertahankan kejuaraan mereka di GPL. Pasukan SAJ akan mewakili Vietnam dan Asia Tenggara untuk bermain di International Wild Card Qualifier yang bakal berlangsung di Brazil dari 24 Ogos hingga 9 September, untuk berpeluang mendapat tiket ke Worlds 2016.

sssss

Post Berkaitan

Comments