Midnight Cup Malaysia!!
Liga Terbaru buat pemain LoL Malaysia menjelma!
TLC/Malaysia | August 23, 2016 | By Aiman Sabri

 

midnight-cup-thumbnail

Wow, nampaknya telah wujudnya satu Liga Baru di Arena Malaysia!
Namanya adalah Midnight Cup! 

 

Persoalan yang timbul.

  1. Mengapa Midnight Cup ditubuhkan?
  2. Untuk siapa Midnight Cup ditubuhkan
  3. Mengapa dan bagaimana nak menyertai?
  4. Bila saya boleh menyertainya?

 

 

Mengapa Midnight Cup Ditubuhkan?

Midnight Cup merupakan tier di mana mereka yang berada pada tier beginner dapat berkembang dengan persaingan yang lebih mantap serta mencabar.
Berbanding dengan weekend cup yang penuh dengan ‘Noobs‘ (tak salah pon jadi noob, memang kita semua pernah jadi noob), harapan wujudnya Midnight Cup adalah untuk mengikis semangat serta bakat yang terpendam bagi mereka yang dikatakan masih baru.

 

 

Cup Table

 

Untuk siapa Midnight Cup ditubuhkan?

Kalau nak cakap cara mudah, Midnight Cup adalah untuk mereka yang bukan lagi noob dan juga untuk yang belum lagi pro, maka ianya adalah untuk mereka yang berada di tengah-tengah.Mungkin anda tak cukup hebat lagi untuk menyertai Novice Cup, maka di liga Midnight Cup anda dapat terus berlatih dengan pasukan untuk menjadi lebih mantap.

 

Mengapa dan bagaimana nak menyertai?

Sebab utama anda harus menyertai Midnight Cup adalah kerana untuk persaingan yang lebih mantap. Setiap pemain bercita-cita untuk menjadi lebih hebat, maka Midnight Cup boleh menjadi satu platform di mana anda dan pasukan anda mengasah bakat. Di sini pasukan lain yang menyertai adalah pada level yang sama dan tiada unsur ‘bully atau mem-bully’ berlaku.

Cara untuk menyertai Midnight Cup adalah dengan memenangi Weekend Cup sebanyak 4 kali. Maka dengan itu, pasukan anda akan mendapat jemputan khas dari Garena untuk menyertai liga baru ini. Waaaa, nampaknya di sini, persaingan akan menjadi lebih meletop!

Pemenang Weekend Cup akan mendapat hadiah seperti berikut!!

 

Midnight Cup Prize

 

Bila saya boleh menyertai?

Suku Pertama (2016/02/09 ~ 26/11/2016):
KL / Selangor, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.

Suku Ke-2(2016/02/12 ~ 25/2/2017):
Semua negeri

Jangan lupa menang Weekend Cup dahulu!

 

Post Berkaitan

Comments