Cloud 9 Mara! Final NA LCS
Perjalanan ke Worlds 2016
LCS NA/EU | August 25, 2016 | By abang dots

Cloud 9 NACLS

Kempen League of Legends Championship Series (LCS) Amerika Utara menyaksikan pertembungan final antara Team SoloMid (TSM) dan Cloud9 (C9) setelah mengenepikan cabaran masing-masing tempoh hari.

Bagi C9, juara edisi 2013 dan 2014 itu melangkah ke final apabila berjaya menyingkirkan pasukan kegemaran, Immortals (IMT) 3-2 dalam satu pertemuan yang cukup sengit. Lebih menarik, misi C9 berjalan seperti dirancangkan apabila berjaya mengekang Top Laner terbaik musim LCS ini, Heo “Huni” Seong-hoon dari Immortals.

 

Sorotan Perlawanan: GAME 1 | GAME 2 | GAME 3 | GAME 4 | GAME 5

Bagaimanapun, Immortals bermula siri perlawanan dengan penuh harapan apa tidaknya membelasah C9 20-11 dalam Game 1. Kombinasi serangan Huni dan Eugene “Pobelter” Park menyaksikan Immortals mencetak tiga kill mudah ke atas C9 tanpa sebarang kematian. Lebih lagi, pertempuran itu memberi ruang kepada C9 memperolehi buff Baron sebelum menyempurnakan kemenangan pertama.

Cloud 9 Team

Game 2 menceritakan kisah amat berbeza buat Cloud9 tatkala kedua-dua pasukan melakukan serangan bertubi-tubi demi mencapai objektif perlawanan menerusi AD Carry, Zachary “Sneaky” Scuderi. Salah satu aksi menarik membabitkan LeBlanc (Pobelter) yang mempamerkan aksi licik untuk menipu dan mengelak sebanyak tiga pemain yang ingin membahamnya. Keadaan bertambah sukar buat Immortals dan C9 namun pemain Support, Adrian “Adrian” Ma berjaya mempertahankan turret terakhir pasukannya daripada serangan 3v1, malangnya IMT gagal memanfaatkan kewiraan Adrian.

 

Perlawanan itu kekal seimbang dan terpaksa diheretkan sehingga Game 5.  Walaupun mendahului perlawanan dengan kill, Immortals tidak dapat merapatkan jurang Gold milik Cloud9.

Cloud 9 GamesGAME 5: Kutipan Gold dan Baron memberi kelebihan besar kepada C9 serta impak Meteos dan Jensen.

 

Kesimpulannya, Cloud9 beraksi dengan lebih efisyen dan pasti mengalir dengan keyakinan menjelang aksi final menentang TSM. Menariknya, Cloud9 berjaya meleburkan rekod 5 perlawanan tanpa kemenangan lawan Immortals secara kompetitif.Apakah Cloud9 mampu mencalar prestasi TSM nanti? Semestinya, kombinasi Impact dan Sneaky akan memainkan peranan cukup penting sekiranya serius ingin merampas kejuaraan.

 

 

Tags:  , , ,

Post Berkaitan

Comments