TSM Mara!
Perjalanan ke Worlds 2016
LCS NA/EU | August 25, 2016 | By abang dots

TSM qualify for worlds

Buat kali ke-8 secara berturut-turut, Team Solo Mid (TSM) berjaya melangkah ke pentas final League of Legends Championship Series (LCS) Amerika Utara sekali gus menempah slot di Worlds 2016, bermula Oktober nanti.

 

Berdepan cabaran musuh ketat dan juara bertahan Counter Logic Gaming (CLG), pasukan berlima TSM tekad menebus kekecewaan musim lepas. Namun sayang, Game 1 terpaksa dibatalkan selepas 10 minit pertama gara-gara masalah visual bagi TSM yang membabitkan champion Aurelion Sol bagi CLG di mana kuasa bebolanya boleh dilihat di pelbagai lokasi biarpun Aurelion Sol tidak berada di lokasi tersebut. Kesimpulannya, CLG terpaksa membuat tawaran Remake yang disetujui TSM manakala Aurelion Sol tidak dibenarkan dalam perlawanan seterusnya.

 

Sorotan Perlawanan: GAME 1 | GAME 2 | GAME 3

 

Keputusan untuk melarang Aurelion Sol menjejaskan perancangan CLG yang bergelut dalam pencarian pengganti sama menyeluruh dengan The Star Forger. Keadaan itu dimanfaatkan sepenuhnya TSM yang menemui rentak awal dalam kesemua perlawanan untuk memenangi siri 3-0 dengan mudah. Siapa lagi kalau bukan Søren “Bjergsen” Bjerg  yang menjadi tunjang utama pasukan TSM selama ini.

TSM picDari kiri: Hauntzer, Svenskeren, Bjergsen, Doublelift dan Biofrost

 

Selain memainkan peranan kapten pasukan, Mid Laner sensasi itu tampak lebih fokus berbanding edisi-edisi lepas dan membuktikan sekali lagi bahawa kudratnya menjadikan TSM sebagai salah satu pasukan kegemaran bagi final LCS mahupun di Worlds 2016 nanti. Bjergsen mendominasi perlawanan selaku penggempur utama dengan catatan 17/3/11 selepas tiga perlawanan.

 

Tidak lupa juga kombinasinya bersama Top Laner, Kevin “Hauntzer” Yarnel, yang berjaya mengawal dirinya dan juga lawannya di lane teratas peta.  Begitu juga dengan Jungler, Dennis  “Svenskeren” Johnsen disebabkan kehadirannya yang amat merbahayakan beri ruang kepada rakan senegara, Bjergsen untuk menerjah pertahanan lawannya.

Faker vs Bjergsen

Bjergsen tidak rela dibayangi dua gelaran Worlds yang dimenangi Faker

Keserasian pasukan termasuk pemain baru seperti Svenskeren dan Vincent “Biofrost” Wang membuahkan hasil buat TSM, musim ini. Impian merampas takhta juara dunia, SK Telecom 1 (SKT T1), terus disanjungi peminat dari Amerika Utara (NA) dan apa yang pasti, wajah terbaru TSM memberi harapan kukuh buat mereka. Pertembungan dua pemain terbaik dunia Bjergsen dan Lee “Faker” Sang-hyeok amat dinantikan.

 

Sebelum itu, TSM perlu mengesahkan kejuaraan NA LCS terlebih dahulu menentang Cloud9 pada 28 Ogos nanti. Sama-sama kita nantikan aksi kemuncak kempen NA LCS! Debaran Worlds 2016 semakin membara!

 

 

 

 

 

Post Berkaitan

Comments