Annie, Ashe, Corki Patch 6.17
Perubahan Champion pada Patch baru (6.17)
Analisis | August 26, 2016 | By abang dots

 

Ini adalah penjelasan bagi perubahan setiap champion seperti yang dinyatakan oleh RIOT

Annie1

Annie

Penjelasan: Salah satu matlamat bagi RIOT untuk champion Annie adalah untuk memberi rasa yang lebih realistik di mana Tibber adalah makluk yg di summon oleh Annie. Maka apabila Annie tewas di medan perang, adalah lebih masuk akal di mana Tibber itu sendiri akan mula hilang kuasa dengan lebih cepat kerana tuanya telah tewas di medan peperangan. Maka, effek tibber iaitu Enrage akan dijadikan lebih realistik

 Annie EnrageBonus kelajuan pergerakan dan serangan Tibber akan berkurang 20% lebih pantas apabila Annie tewas di medan perang.

 

Ashe1

Ashe

Penjelasan: Untuk beberapa patch baru, Ashe boleh dikatakan bukan lagi dianggap sebagai “utility” marksman. Dengan memilihnya, suatu team akan memberi keutamaan kepada keunikan ability yang diperolehi suatu pasukan iaitu “Global Engage” dengan ultinya tapi dengan pengurangan damage. Namun begitu, berlaku ketidak adilan di mana damage R nya adalah sangat tinggi dan boleh digunakan secara global!. Oleh kerana itu, banyak pasukan memberi keutamaan kepada Ashe dan tidak memilih champion “Marksmen” lain. Bukan itu saja, dengan keupayaanya untuk memberi pressure tinggi pada lane bottom, memberi “vision” penglihatan dan global ulti, Ashe adalah hero yang perlu di nerf supaya pasukan mula memilih champion “Marksmen” lain.

 Ashe Q
Durasi: 5 seconds —-> 4 seconds

Ashe R
Damage: 250/425/600 —> 200/400/600

 

Corki1

Corki

Penjelasan: Package Corki membuatnya menjadi seorang “roaming” marksmen yang sempurna dan kehilangan kelajuan pergerakanya hanya untuk menyerang ward adalah suatu yang sangan aneh dan tidak masuk akal. Dengan konsep ini yang tidak masuk akal dan tidak produktif, pihak RIOT telah membuat keputusan di mana untuk patch akan datang, apabila Corki menyerang ward, dia tidak akan kehilangan bonus pergerakanya maka ini membuatnya Corki betul-betul sebuah champion “roaming” marksmen.

Corki Passive

Menyerang ward tidak lagi menolak bonus pergerakan Corki

Al-Pendapat Kami

Kami dari DuniaLoL sangat setuju dengan nerfing Annie dan juga Ashe. Mereka sering dipilih dan menjadikan game agak predictable (senang dijangka). Kalau dilihat dalam game, saya berpendapat bahawa Ashe mesti dipilih, peratus untuk Ashe dipilih dalam setiap game, berdasarkan pengalaman saya adalah 80%. Asyik-asyik Ashe dipilih sampai rasa meluat kadang-kadang. Perubahan pada Corki pula adalah sesuatu yang boleh dijangka dan memang logik. Kami dari DuniaLoL setuju dengan perubahan ini

 

Post Berkaitan

Comments