Ezreal, Gangplank, Gragas Patch 6.17
Perubahan Champion pada Patch baru (6.17)
Analisis | August 26, 2016 | By abang dots

 

Ini adalah penjelasan bagi perubahan setiap champion seperti yang dinyatakan oleh RIOT

Ezrael1

Ezreal

Penjelasan: Selalunya dipilih untuk “poke‘ damage, Ezreal memang dikenali sebagai mempunyai early game yang sanggat kuat tetapi apabila late game dia sering kehilangan bisa yang dimiliki pada awal. Dengan situasi sekarang, pemilihan Ezreal sering menjadi beban kepada pasukan yang tidak merancang untuk menghabiskan game semasa timing mid-game.  Dengan peningkatan terhadap passive-nya, Ezreal akan menjadi lebih padu pada late game.

Ezrael Passive
Attack Speed setiap stack: 10% untuk semua level —> 10/12/14% (pada level 1/7/13)
Maximum Attack Speed: 50% untuk semua level —> 50/60/70% (pada level 1/7/13)

 

Gangplank1

Gangplank

Penjelasan:  Pada situasi sekarang Gangplank adalah satu champion hyper carry yang dapat menikmati keupayaan late game-nya pada awal game juga. Hypercarry lain mungkin menghadapi masalah untuk mencapai keupayaan penuh mereka pada akhir ame kerana pada awalnya mereka senang dibunuh tetapi ini berbeza untuk Gangplank kerana ianya adalah champion yang sangat kuat. Dengan nyawanya yang tinggi, keupayaan W, E dan R yang terlalu kuat, memang mudah untuk Gangplank mendapat status OP (overpowered). Oleh kerana itu, terdapat pelbagai perubahan yang berbentuk nerf untuk champion ini =(

Gangplank Remove Scurvy
Cost: 60/70/80/90 mana —> 80/90/100/110/120 mana

Gangplank Powder Keg.jpg
Cost: Terdapat satu bug di mana letupan akan menyebabkan lifesteal

Gangplank Cannon Barrage
Cooldown: 160/150/140 seconds —> 180/160/140 seconds
Damage: 600/840/1080 —> 420/720/1020

 

Gragas1

Gragas

Gragas merupakan antara champion jungler yang sering dipilih di arena professional LoL. Ini kerana champion ini mempunyai keupayaan untuk menjadi aktif pada awal. Oleh kerana ability E dan R-nya yang sungguh effektif pada awal game.  Berikut adalah nerf yang telah dilakukan ke atas Gragas.

Gragas Body Slam
Cooldown: 12 seconds —> 16/15/14/13/12 seconds
Bug dimana Gragas mampu melalui objek di hadapan dengan menggunakan Body Slam

Gragas Explosive Cask
Travel Time: 0-0.58 seconds (bergantung pada jarak) —> 0.55 seconds

Al-Pendapat Kami

Biar kami terus terang, semasa keluarnya update baru ini, champion pertama yang kami lihat adalah EZREAL! Kenapa? Mengapa? Jawapanya senang, Ezreal adalah champion di mana kami sebulat suara bersetuju rasakan adalah amat sesuai untuk membantai noobs! Champion ini memang seronok untuk bermain dan apabila melihat peningkatan terhadap ability dia, kami semua senyum lebar!!! Lepas ni lagi senang la nak bantai noobs Hahahahahah!.

OK Gangplank pula, semasa baca update ni, memang rasa FUH!!!! lega! Mamat ni memang kuat gila pada early, mid dan late game. Kalau pihak lawan pilih, memang pening kepala nak lawan dia. Mengapa? Kalau nak halau dia dari lane, memang mustahil, sangat-sangat mustahil dan contoh kalau kita bukan lane dia, tiba-tiba serangan dari langit sampai. Global pulak dah.. TAPI lepas dah baca ni, hahahahaha rasa sedap sikit.

Gragas, mamat gemuk ni memang awal-awal dah menyusahkan. Tiba-tiba datang lane bagi body slam. Lepastuh memang tak sempat la nak lari. Kene bantai, mati lagi adoi… Taktau la dulu nak buat macam mana. Lepas baca ni, fuh, rasa lega sikit.

 

Post Berkaitan

Comments