Pencarian Amatur NA!
Riot anjurkan kejohanan untuk mnecari pemain Amatur baru di NA
LCS NA/EU | August 30, 2016 | By abang dots

RIOT Games

Riot Games akan menghoskan kejohanan untuk beberapa pemain teratas di Amerika Utara, November ini.

 

NA Scouting Grounds akan menampilkan pasukan yang terdiri daripada para pemain teratas untuk setiap posisi di ranked. Empat pemainĀ  terbaik daripada setiap role akan diundang ke studio LCS untuk dibentuk menjadi sebuah pasukan oleh pemain dan jurulatih LCS, kemudian dilatih sebagai sebuah pasukan sebelum bermain antara satu sama lain dalam kejohanan round-robin.

 

Riot tidak memberikan sebarang kenyataan yang perlawanan ini akan di-stream-kan, VOD permainan ini akan dilancarkan supaya pasukan antarabangsa boleh memerhati para pemain ini untuk tujuan pencarian bakat baru.

 

Menurut siaran media Riot, para pemain dan jurulatih yang melaksanakan draft dan latihan, adalah daripada pasukan Echo Fox dan Team Liquid, tapi tidak menyatakan pasukan lain yang akan turut serta dalam acara tersebut. Para pemain yang diundang akan dipilih daripada 4 pemain teratas dalam ranked untuk setiap posisi pada 31 Oktober, selagi mereka berminat untuk menyertai. Riot menyatakan, borang kaji selidik mengenai minat para pemain akan dihantar pada awal Oktober.

 

Dari segi had, pemain amatur mesti memenuhi peraturan pemain Challenger Series, termasuklah mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada awal Spring Split, dan melepasi semakan kelakuan. Walau bagaimanapun, pemain amatur mesti tidak mempunyai kontrak dengan mana-mana pasukan dan tidak boleh bermain lebih daripada dua permainan profesional LoL.

 

Kejohanan round-robin akan dimainkan di hadapan wakil daripada setiap NA Challenger Series dan pasukan LCS, walaupun ini tidak bermakna mereka akan dengan serta merta memeterai janji dengan pasukan yang menang.

 

“Kami tidak boleh menjamin organisasi-organisasi memberikan lebih tawaran atau tambahan percubaan kepada peserta acara,” Riot nyatakan dalam siaran media mereka. “Organisasi-organisasi menyertai acara ini kerana mereka ingin mencari pemain terbaik NA. Sebagai seorang peserta, anda boleh berpeluang untuk berbual bersama pasukan berbeza dan menunjukkan bakat anda.”
2016 NA Scouting Grounds akan berlangsung dari 13-19 November di LCS Studios, Los Angeles, California.

Dengan inisiatif Riot ini, Garena patut melaksanakannya juga di Asia Tenggara. Ini merupakan salah satu cara yang positif untuk mencari bakat baru untuk diserap masuk ke dalam permainan profesional League. Tambahan lagi, dengan adanya acara seperti ini, para pemain boleh terus mengembangkan bakat mereka bermain League, untuk bermain League dengan lebih baik.

 

Tags:  ,

Post Berkaitan

Comments