TSM juara NA LCS
Kepuasan kemenangan pabila dianggap "underdog"
Highlight Kejohanan | August 30, 2016 | By abang dots

NA LCS

Sekali lagi, pasukan SoloMid berdiri di posisi atas North American League of Legends. Buat kali keempat dalam tempoh empat tahun, TSM telah menampilkan dominasi mereka di rantau itu dengan memenangi pusingan akhir di Toronto!

Dalam sejarah tersendiri, TSM tidak pernah terlepas menyertai Worlds Championship Gaming. TSM telah pun layak ke  Worlds dengan menyertai pusingan akhir tetapi dengan kemenangan ini, mereka dapat menikmati dengan penuh puas hati kerana TSM telah pon tewas kepada C9 (Cloud9) sebanyak 2 kali dalam masa bulan yang sama! Apa yang lebih mengejutkan adalah cara kemenangan mereka iaitu 3 perlawanan kepada 1.

Dalam tiga perlawanan pertama, pasukan yang menang mempunyai satu persamaan: Rek’Sai dan Cassiopeia dalam pasukan. Cloud9 mendapat kombinasi tersebut dalam perlawanan yang pertama, dan TSM mengambilnya dalam dua berikut. Dalam perlawanan ke-4, dengan menghadapi kekalahan, Cloud9 membuat keputusan untuk ban Cassiopeia dan mebuat membuat pilihan pertama mereka Rek’Sai.

Ini adalah link untuk ke semua 4 perlawanan akhir NA LCS.

 

Game Pertama

Game Ke-2

Game Ke-3

Game Ke-4

 

Al-Pendapat Kami

Kepada pasukan di luar sana. Kekalahan itu pasti tetapi apa yang istimewa adalah apabila kamu sebagai satu pasukan dapat mengatasi halangan yang berada di depan. Kemanisan nikmat kemenangan itu adalah tak terhingga. Ianya sama seperti cabaran mengejar wanita. Memang pada saat awal, kita akan anggap ianya susah dan hampir mustahil, tapi apa yang mustahil itu, bila kita dapat. Itulah kemanisan nikmat “The Thrill of The Chase“. Sama seperti di alam game! Jangan berputus asa kawan-kawan, bersabar menghadapi rintangan, kuatkan lagi kerjasama antara rakan sepasukan, percaya pada pasukan anda dan dengan kerjasama semua pihak, kemenangan itu adalah pasti! Mungkin bukan sekarang, ataupon esok lusa, kemenangan itu akan datang dengan usaha yang gigih. Yang penting adalah perjalanan untuk mencapai kemenangan itu! Jangan berputus asa wahai pembaca. Jangan putus asa.

Tags:  , , , , ,

Post Berkaitan

Comments