Belajar dari kesilapan
EDward Gaming memperbaiki diri sendiri dengan kekalahan
LCK/LPL | September 1, 2016 | By abang dots

 

EDward5EDward Gaming masuk ke dalam bilik media, tidak mahu melihat apa-apa kecuali lantai. Mereka juga seperti tidak ingin duduk. Ming “clearlove” Kai, ketua dan jungler pasukan itu, membeku di tepi meja. Hari ini merupakan hari yang sepatutnya semua orang bergurau senda mengenai gaya rambut barunya, mengenai bagaimana dia tidak berlari daripada perlawanan pasukan untuk melindungi KDA-nya, tapi untuk mengumpan musuhnya masuk ke dalam perangkap. “Mid dan jungler mereka lebih kuat daripada kami,” kata clearlove tiga kali dalam temubual tersebut. Dahinya yang berkerut mengkhianati kesakitan yang sepatutnya menjadi maklum balasnya yang kosong — mereka sepatutnya menjadi yang terbaik.

Ini merupakan sidang akhbar pertama selepas EDward Gaming memenangi 2016 LPL Summer semifinal dan layak ke World Championship pada bulan Oktober nanti.“Selepas kami pulang,” clearlove berkata, “kami akan berlatih dengan lebih keras.

Walaupun keputusan bracket 2016 LPL playoff mempunyai beberapa kejutan, kedua-dua semifinal ke atas EDward Gaming dan Royal Never Give Up bertahan sehingga lima perlawanan. I May dan Team WE dikalahkan dalam siri semifinal untuk memaksa EDward Gaming dan Royal Never Give Up bertarung. Kemunculan semula yang dramatik daripada 10,000 gold lebih rendah dan drafting yang pelik dalam semifinal. Pasukan terbaik memenangi setiap perlawanan, tapi juga ketakutan dan kekecewaan.

Dengan pengecualian satu permainan dalam perlawanan tempat ketiga, 4 pasukan teratas daripada 2016 League of Legends Pro League Summer tidak pernah memenangi satu perlawanan daripada bahagian merah. Visi Baron yang lemah dan respons draft bahagian merah membelenggu playoff sejak semifinal sehinggalah perlawanan tempat ketiga. Semua ini adalah panggilan dramatik daripada EDward Gaming dan Royal Never Give Up, termasuklah keraian untuk Team WE dan I May, pasukan yang tidak mempunyai bakat untuk menewaskan EDG dan RNG tapi boleh juga akhirnya. Jika bukan mengenai perbezaan bahagian, ini mungkin menjadi final WE vs. I May.

Sekarang, semua telah mendengar kisah naratif “kalah untuk memperbaiki”, dan memberikan EDward Gaming kekalahan dalam LPL, ia selalu terpakai untuk mereka. Amatlah jelas, mendominasi musim yang biasa boleh membuatkan pasukan buta ke atas kelemahan diri sendiri. Saya menghabiskan masa melihat EDward Gaming terpersona dengan drafting yang lemah dan clearlove yang selalu gank bot lane, meninggalkan laner solo terdedah kepada bahaya.EDward

Akhirnya, solo laner Team WE, Ke “957” Changyu, dan Su “xiye” Hanwei mempunyai masa setahun untuk memperkembangkan diri mereka. Mereka mempertingkatkan mata di mana WE telah menjadi solo-lane yang difokuskan (walaupun dengan 33.1 peratus daripada damage yang dikenakan oleh pasukan adalah daripada Jin “Mystic” Seongjun’s , hello Sivir dan Ezreal).

WE menarik EDward Gaming ke lima permainan tanpa menyebabkan EDG tidak mara ke World Championship seeding. Selari dengan kisah naratif “kalau untuk memperbaiki”, ia sepatutnya membuatkan para pasukan berasa lebih optimistik mengenai peluang China. Jika WE boleh mencabar EDG secara domestik dan memaksa mereka untuk mengadaptasi, mereka akan mempunyai bentuk yang lebih baik.

Tapi ini merupakan kisah EDG untuk dua tahun sebelum ini. Selepas musim 2014 Summer yang kurang ideal, EDG memenangi playoff mereka. Apabila mereka bermain menentang Star Horn Royal Club dalam final 2014 Regional, mereka kalah satu permainan apabila Royal bermain dengan lebih agresif ke atas mereka, menyerlahkan perbezaan antara mereka, mereka bermain dengan lebih proaktif. Pada tahun 2015, momentum EDward Gaming dihentikan selepas berterusan memenangi 21 permainan, dikalahkan oleh LGD Gaming dengan mata 0-3 dalam semifinal dan jatuh lagi ke dalam perlawanan tempat ketiga sebelum kembali dalam Regional, memperlihatkan adaptasi permainan top laner, Shek “AmazingJ” Wai Ho.

Dalam kedua-dua musim ini, para peminat berharap EDward Gaming akan memperbaiki diri mereka, mereka masih lagi mara ke quarterfinal World Championship, di bawah jangkaan. Kesalahan yang para peminat fikir EDG boleh baiki, tapi tiada sebarang perubahan.

Matchup lane yang lemah dan mengabaikan solo lane adalah dua faktor kelemahan EDward Gaming sejak formasi mereka. Seperti SK Telecom T1, kelakuan skuad dikekalkan dan para pemain kekal sama. Mereka bermain dalam gaya yang spesifik, di mana susah untuk mencari kesalahan mereka apabila kedua-dua pasukan kekal dominan dalam rantau masing-masing untuk bertahun-tahun dan memiliki gelaran antarabangsa yang penting. Jadi akan ada meta, akan ada masa, ada benda yang tidak kena.

Bagi SKT Telecom T1, tahun ini adalah mengenai jungling, dan nasib tidak menyebelahi mereka, sama seperti tahun 2014. EDward Gaming bergelut lebih dalam meta utama, dan 2015’s World Championship membuatkannya lebih jelas.EDward1

Meta ini adalah duri bagi SKT, tapi bukan untuk EDG. Mereka mempunyai jungler yang mahir yang boleh memainkan pelbagai meta selagi anda meminta dia untuk gank top — tapi mereka mempunyai tabiat dalam pilihan drafting mereka, yang menyusahkan fasa laning mereka dalam landskap pertukaran lane.

EDward Gaming lazimnya tidak draft matchup lane yang lemah, mereka melakukannya lebih kerap daripada jangkaan. Secara teori, ada yang memilih untuk snowball champion, mempercayai keadaan agresif yang mengejutkan daripada permainan awal yang lemah akan memihak kepada mereka, jadi pasukan pihak lawan tidak boleh kembali untuk beraksi lebih baik.

Kemudian, jika keadaan agresif yang awal tidak berkesan, mereka mempunyai jaminan dalam perlawanan pasukan di lewat permainan. Sewaktu Mid-Season Invitational, EDward Gaming menjadi agresif pada awal permainan apabila Jurulatih Ji “Aaron” Xing memberitahu hos penyiaran bahawa pemain Korea dalam pasukan mereka, Kim “deft” Hyukkyu dan Heo “pawN” Wonseok, ingin bermain dengan selamat, mempertingkatkan komposisi lewat permainan sebagai jaminan, kerana kali pertama mereka menentang SKT. Bagi EDG, ia berkesan, tapi dari segi perspektif Barat, (di mana taklah selalunya betul), ini sangatlah berisiko — walaupun pemain teras anda ada di top, jika bukan yang terbaik, di posisi mereka.

EDward Gaming berjaya apabila clearlove adalah yang proaktif dalam peta, dan itu terbukti apabila mereka menentang WE. Permainan EDward Gaming yang paling agresif, menampilkan Rek’Sai dan Gragas, apabila farming Hecarim — champion yang hanya mempunyai 33.3 peratus kadar kemenangan dalam playoff LPL (terima kasih, Liu “Mlxg” Shiyu, kerana menentukan bahawa jungler boleh gank sewaktu level 2) — membuatkan ia perlawanan yang paling meresahkan bagi EDG.

Apa-apa teori yang membuatkan EDward Gaming suka memilih matchup lane yang lemah dan masih bermain agresif disokong oleh prestasi baik EDG dengan pilihan jungle yang kuat. Jika EDG memilih matchup bot lane yang lemah seperti Kog’Maw digandingkan dengan Braum pada level 3, mereka hanya boleh bergantung dengan jungle yang kuat untuk mewujudkan perlawanan pasukan. Dalam playoff 2015 Summer, Invictus Gaming menyasarkan clearlove memilih jungle agresif sewaktu ban, yang membenarkan mereka untuk mengambil peluang daripada matchup laning yang lemah dan mengalahkan EDG tanpa gangguannya.

Dalam spektrum ini , seseorang akan meramalkan EDG boleh sedar akan keadaan itu, jika mereka mahu memilih matchup bottom, mid, atau top lane yang lemah, pilihan jungle yang kuat adalah penting. Dengan permainan final mereka ke atas WE, mereka telah meninggalkan Hecarim untuk pilihan pertama Gragas. EDG juga mengabaikan fakta bahawa WE memusingkan pilihan lane solo mereka, yang membenarkan EDG untuk bertemu WE, dan mereka menang. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh berharap kebanyakan pasukan memutarkan draf pilihan solo lane mereka.

Kelakuan EDG mungkin kekal. Mereka tidak menentukannya dengan tiba-tiba, beberapa permainan, mereka memerlukan sokongan lebih. Mereka tidak akan ganking mid lane dengan lebih proaktif untuk mengelakkan perlawanan pasukan. Mereka tidak akan lari daripada pilihan bottom lane yang berskala. Manakala EDG bukanlah pasukan yang sama seperti tahun 2014, mereka masih lagi EDG, dan apa saja kisah yang anda bina mengenai mereka, mempelajari daripada kesilapan mereka — jika mereka mahu berubah, mereka sudah melaksanakannya.

EDward3

Apa yang EDG katakan dalam sidang akhbar bukanlah, “Cara kami melihat patch ini adalah salah,” ia adalah, “Mid dan jungle mereka kuat.” Ini, menjelaskan pendekatan EDG. Mereka berfikir, apapun, champion apapun yang mereka pilih untuk bermain, pemain terbaik boleh mengawal permainan itu.

Untuk kebanyakan benda, apa yang anda lihat adalah apa yang anda dapat. Para peminat patut berharap bahawa risiko yang mereka lakukan akan memberikan kesan yang besar. Ini mungkin akan menghukum mereka, mungkin mereka tidak akan mara ke quarterfinal.

Atau komitmen kepada satu pendekatan mungkin berkesan untuk EDG seperti SK Telecom T1 untuk berkali-kali, dan ini akan menjadi tahun, untuk mereka membuktikan bahawa kita salah.

Post Berkaitan

Comments