PSG ke alam LoL?
Langkah pertama buat Liga Perancis!
LCS NA/EU | September 5, 2016 | By Aiman Sabri

PSG LoL

PSG Millenium

Salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia, Paris Saint-Germain(PSG) dikhabarkan ingin memasuki ke alam cyber dengan menaja atau membentuk sebuah team League of Legends. Berita ini telah dilaporkan oleh surat khabar Perancis L’Équipe pada hari ini.

PSG merupakan pasukan di tangga teratas di Liga bola sepak Perancis dan kini, mereka ingin menceburi ke alam cyber pula! Akhbar L’Équipe melaporkan bahawa PSG ingin bekerjasama dengan sebuah pasukan yang berkaliber iaitu Millenium eSports organization.

Kerjasama ini akan menjadikan PSG pasukan Perancis pertama yang ingin menceburi bidang eSukan tetapi bukan kelab bola pertama yang berbuat sedemikian. Sebuah kelab lain Schalke 04 dan Besiktas telah menceburi bidang eSukan terlebih dahulu dengan pasukan League of Legends mereka yang tersendiri.

Al-Pendapat Kami

Sudah tiba masanya untuk organisasi-organisasi besar mula mengambil industri eSukan dengan lebih serius. Ini bukan sahaja sekadar untuk memuaskan hati peminat tetapi industri eSukan jua mampu menjana pendapatan secara serius. Sebagai peminat setia Manchester United, kami berharap suatu hari nanti ManU akan mengambil langkah pertama sebagai pasukan pertama Liga Inggeris yang menceburi bidang eSukan terutamanya dalam pembentukan satu pasukan League of Legends The Devils. Bayangkan suatu hari nanti bukan lagi nama Zlatan Ibrahimovic yang berada di belakang baju tetapi nama seperti Faker ataupun Qaspiel.

Post Berkaitan

Comments