Demi Johor #Mineski-X
Strategi agresif bawa tuah kepada Mineski-X
Aktiviti | September 13, 2016 | By Ahadilhi

 

Baru-baru ini,  skuad bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mempertahankan gelaran Liga Super Malaysia, namun ‘Bangsa Johor’ juga boleh meraikan kemenangan dalam arena eSukan. Tahniah diucapkan kepada pasukan League of Legends, Mineski-X yang mendominasi Piala LoL Selangor Cyber Games!

Ironinya, kejohanan yang amat berprestij dikuasai Mineski-X yang beraksi dalam kejohanan luar negeri buat kali pertama sejak pasukan itu ditubuhkan. Lebih membanggakan, Mineski-X menewaskan pasukan terkenal negara Orange ESports (pasukan No.2 Malaysia), Kirino is Cute dan finalis Team 123 yang dibintangi pemain-pemain profesional.

mineskix_cola

Liow “Mski.Cola” Ming Yuan , selaku jurulatih Mineski-X, berkata: “Kemenangan ini memberi suntikan semangat buat pasukan kami. Sepanjang kejohanan berlangsung, kami cuba menerapkan strategi yang lebih agresif, pada masa yang sama berdisipilin dari segi pertahanan.”

“Saya sangat berbangga dengan prestasi pemain-pemain saya terutama sekali ShINe dan Xeno. Mereka berdua mempamerkan aksi konsisten dari segi pengawalan Lane dan tidak pernah mengecewakan ketika pasukan bertembung,” katanya.

mineski_lineup

Dari kiri: ShINe, Arashi, Gudiar, Clayx, Xeno dan Cola

 

Dalam aksi final, Game 2 menyaksikan kebangkitan epik daripada Mineski-X menentang Team 123. Setelah pihak lawan menceburi kubu pertahanan, Mineski-X berjaya mempertahankan Nexus dan Turret terakhir sebelum melakukan serangan bertali-arus ke arah kemenangan. Aksi Triple Kill daripada pemain ADC, Mski.Clayx membukakan peluang keemasan untuk menyelamatkan rekod bersih daripada tercalar.

 

Team 123 gagal memanfaatkan peluang sepenuhnya lawan Mineski-X

Apakah SCG merupakan detik permulaan Minseki-X menakluk arena League of Legends di Malaysia? Berikut adalah sedikit fakta-fakta menarik tentang juara Selangor Cyber Games 2016:

Fakta-fakta Mineski-X

  • Mineski-X merupakan pasukan baru yang ditubuhkan pada Julai 2016
  • Mineski-X menjuarai saingan Selangor Cyber Games tanpa kekalahan
  • Mineski-X menewaskan wakil Liga Perdana Garena (GPL), Kanaya Gaming dari Indonesia.
  • Mineski-X mencabar pasukan No.1 Malaysia, Kuala Lumpur Hunters dalam satu perlawanan tertutup setelah berlatih selama dua minggu sahaja

 

Al-Pendapat “Ahadilhi”

 

Bagi saya, kemenangan memberangsangkan di Selangor Cyber Games melaungkan amaran awal kepada pasukan-pasukan profesional lain seperti Kuala Lumpur Hunters dan Orang Esports. Biarpun SCG merupakan kejohanan pertama buat Mineski-X di luar negeri Johor, mereka sudah menunjukkan aura pasukan juara. Sekiranya, disiplin dan momentum dapat dikekalkan, Mineski-X pasti menjadi nama yang diegeruni dalam eSukan Malaysia

 

mineskix_bow2

 

Go make a name for yourself, Mineski-X

 

Post Berkaitan

Comments