ARAM:Nabil (Teemo) vs Penonton
Nabil "Nabelicious" Ahmad curi tumpuan!
Aktiviti | September 14, 2016 | By Ahadilhi

Satu perlawanan yang menggembirakan beribu-ribu pengunjung Selangor Cyber Games! Pengacara rasmi SCG, Nabil “Nabelicious” Ahmad memulakan karier eSukan dengan langkah kanan dalam permainan League of Legends!

Nabil, kini diberi gelaran “Raja Teemo”, berjaya mendapat kemenangan pertama bersama Kuala Lumpur Hunters (KLH) dalam satu perlawanan ‘showmatch’ menentang 5 pengunjung bertuah. Untuk pengetahuan anda Nabil mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1/20/3 … Feeder much?

nabil_reactionReaksi epik Nabelicious ketika dikenakan First Blood

 

Apa yang penting adalah mereka yang menghadiri perlawanan dapat berkongsi pengalaman yang sangat ‘Rare’ untuk eSukan terutama sekali League of Legends. Pengalaman itu juga diwarnai dengan barisan 5 pemain terpilih yang memberi tentangan sengit kepada ‘Nabil Hunters’.

 

Beberapa aksi menarik daripada pihak lawan juga mencuri tumpuan seperti serangan Master Yi yang berjaya menafikan Pentakill buat kapten pasukan OzoraVeki. Perlawanan itu turut menyaksikan Coolkitty kembali menerajui barisan KL Hunters setelah mengumumkan persaraannya daripada permainan profesional. Syabas diucapkan kepada Kuala Lumpur Hunters kerana sudi mengambil masa untuk berinteraksi bersama para penyokong mereka.

 

scg_prettyugly

;

5 pemain bertuah yang menemui Nabil dan Kuala Lumpur Hunters

 

Kehadiran seorang personaliti seperti Nabil Ahmad ternyata memeriahkan suasana Selangor Cyber Games. Dengan kelakuannya yang memang amat lucu, beliau boleh berbangga sebagai selebriti pertama yang mencuba nasib dalam bidang eSukan. Diharapkan League of Legends dapat menarik perhatian ramai lagi personaliti yang mempunyai kaliber seperti Nabelicious.

Saksikan perlawanan penuh Nabil Hunters vs Pretty Ugly di Selangor Cyber Games!

 

Post Berkaitan

Comments