Apabila xPulse muncul tiba-tiba
Pemain TLC sertai showmatch ke-2 lawan Nabil
Aktiviti | September 15, 2016 | By Ahadilhi

Setelah mencetak kemenangan pertama bersama pasukan Kuala Lumpur Hunters, Nabil Ahmad begitu yakin sehingga mengadakan perlawanan showmatch kedua pada Selangor Cyber Games, hujung minggu lepas.

scg_nabil_meera

 

Kali ini, tiada OzoraVeki, Qaspiel, CoolKitty atau SOUPerior untuk ‘carry’ Nabil, jadi dia terpaksa meletakkan harapan sepenuhnya pada co-host Ameerah Idros, yang juga aktif dan berpengalaman dalam permainan League of Legends. Ketika membuka pentas kepada para pengunjung SCG untuk menyertai perlawanan kedua ini, muncul seorang anak muda yang berbaju merah … pemain The Legends Circuit Malaysia (TLC) Malaysia, ¬†Jacob “xPulse” Yeow dari Swestic.

 

tlc2015_xpulsescg_xpulse

Untuk pengetahuan anda, xPulse merupakan bekas finalis The Legends Circuit dan seorang pemain AD Carry yang cukup berbakat. Jacob, yang juga pernah mewakili DXG Coup de Grace, tidak rela terlepas peluang bermain di SCG biarpun hanya sekadar perlawanan showmatch.

Beroperasi sebagai Draven, xPulse yang mendapat 19 Kill bersama pasukannya “Big Guns” sekali gus meleburkan rekod kemenangan Nabil Ahmad ekoran kemenangan showmatch pertama. Sekiranya arena League ingin membangun di Malaysia, mereka perlu mendapat sokongan daripada pemain-pemain profesional tempatan.

 

Wait, What? xPulse berlatih bersama KLH?

Baru-baru ini, DuniaLoL mengumumkan bahawa Kuala Lumpur Hunters bakal membawa masuk pemain baharu yang beraksi bersama Team 123 di final SCG yang lepas. Kini, giliran xPulse pula untuk dikaitkan dengan pasukan No.1 Malaysia sebagai understudy keada AD Carry utama, CO4.

xpulse

Tahukah anda! Biarpun KLH menjuarai saingan TLC tanpa kekalahan, Swestic merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri satu mata dalam perlawanan BO5. Dalam perlawanan itu, xPulse disertai rakan-rakan baik seperti Kirino, Sak8, JIE dan Benshyy.

Saksikan perlawanan epik dimana Swestic menumbangkan KLH!

 

 

 

 

Post Berkaitan

Comments