LoL International Collegiate Championship LICC #1
Siapa bakal wakil Malaysia di Bangkok, Thailand nanti?
TLC/Malaysia | September 16, 2016 | By Ahadilhi

 
licc_thailand

Baru-baru ini, Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC) diumumkan sebagai perhimpunan kampus elit yang menyaksikan 10 pasukan ‘Collegiate’ terbaik Asia beraksi dalam gelanggang yang sama. Kejohanan tersebut merupakan initiatif baru yang memperbaharui sejarah permainan LoL! Siapa sangka divisyen kolej akan diangkat seperti yang diceritakan dalam aturcara LICC?

Setiap negara akan diwakili juara liga kampus masing-masing iaitu Liga Kampus Malaysia (MYCL). Berikut adalah senarai hadiah yang menantikan peserta-peserta LICC pada hujung tahun ini:

  • Juara: USD 5,000 (RM 20,000) dan laptop gaming untuk setiap satu pemain
  • Naib Juara: USD 3,000 (RM 12,000)
  • Tempat Ketiga: USD 2000 (RM6,000)

Antara negara-negara yang terbabit dalam kejohanan LICC, termasuk: Thailand (Tuan Rumah), Taiwan, Hong Kong, China, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura and Indonesia. Selaku tuan rumah, Thailand akan diwakili dua pasukan manakala negara lain menerima satu slot sahaja.
 

Apakah LICC ingin memintas kejohanan University League of Legends (uLoL) ?

ulol

uLoL Campus Series merupakan kejohanan terunggul di Amerika Syarikat yang menyaksikan kampus-kampus dibahagikan kepada 4 persidangan iaitu North, South, East dan West. Kejohanan itu membuka peluang sekali gus menggalakkan universiti terkenal seperti Harvard University, Georgia Institute of Technology, dan Robert Morris University menubuhkan kelab eSukan masing-masing.

 

 

Al-Pendapat “Ahadilhi”

Semestinya, saingan peringkat kampus adalah satu perkara yang perlu diberikan perhatian yang lebih serius. Adanya kejohanan seperti LICC akan mempertingkatkan kualiti permainan anak muda di Malaysia apatah lagi juara MYCL tahun ini bakal menguji bakat di luar negara.

Bagi saya, ia merupakan satu intiatif yang baik disebabkan golongan pemain eSukan Malaysia terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan sekolah. Seandainya, liga domestik ingin menyaksikan aksi lebih kompetitif, maka kualiti pemain-pemain harus dipertingkatkan terlebih dahulu.

Selain itu, jika pemain-pemain dapat memanfaatkan peluang ini sepenuhnya, diharapkan juga pihak berkuasa memainkan peranan masing-masing dalam membantu mereka menerima pengiktirafan yang berpatutan.


DuniaLoL ucapkan Selamat Maju Jaya kepada 4 pasukan terakhir kejohanan MYCL!

 

apu

Asia Pacific University

tu

Taylor’s University

utar_a

Universiti Tunku Abdul Rahman (A)

utar_c

Universiti Tunku Abdul Rahman (C)

Post Berkaitan

Comments