APU intai kejuaraan MYCL
Tuan rumah bakal sinar di laman sendiri
TLC/Malaysia | September 19, 2016 | By Ahadilhi

apu

Kedua-dua pasukan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terkandas dalam saingan Liga Kampus Malaysia (MYCL) dan kini tinggal dua pasukan sahaja… salah satu antaranya adalah pasukan tuan rumah, Asia Pacific University (APU).

Berentap bersama juara dua kali, Taylor’s University (TU) pada aksi final hujung minggu ini, APU berada di landasan tepat untuk menjulang gelaran MYCL pertama sekali gus menjadi kampus elit negara!

Untuk pengetahuan anda, APU merupakan salah satu institut pengajian tinggi yang memiliki kelab eSukan tersendiri. APU Esports Club berhasrat untuk meluaskan minda pelajar-pelajar melalui permainan video kompetitif dan menubuhkan ekosistem eSukan yang terunggul di Malaysia. Saksikan video terbaru MYCL yang menumpukan kampus APU di Bukit Jalil:

Video tersebut juga menyaksikan pemain-pemain League of Legends yang mewakili APU seperti Wong “Sophiee” Hui Zyn, Soon “Scørp” Zhen Suan, Ng “duck vader” Hann King, Ong “桐崎 千棘さん” Chang Wai, Daniel ”Chikie Little” Yap Eng Khai dan Ter “Peacè” Wei Ling.

Dalam perjalanan ke final, APU menundukkan Malaysia Aviation Training Academy (MATA) dengan mudah sebelum mengejutkan divisyen kampus ketika menewaskan UTAR A 2-0 pada peringkat separuh akhir. 

Dari segi prestasi, pemain-pemain APU mempunyai Rank yang cukup mengagumkan. Terutama sekali Ng “duck Vader” Hann King yang beraksi untuk pasukan Orange Esports di Selangor Cyber Games baru-baru ini. Tentunya, mereka ingin membawa kebangaan buat badan pelajar APU yang benar-benar meletakkan kepercayan besar pada eSukan.

apu_ranking

Persoalannya, siapa bakal muncul juara yang akan mewakili Malaysia di Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC), November nanti?

JANGAN TERLEPAS AKSI FINAL PADA 24 SEPTEMBER INI!

musketeertf

Jika anda ingin menyaksikan aksi kemuncak antara Asia Pacific Universiti dan Taylor’s University pad Sabtu ini, pastikan anda menyertai pra-pendaftaran untuk menerima hadiah-hadiah menarik terlebih dahulu!

 

DAFTAR DI SINI

 

Jumpa anda di APU, Bukit Jalil!

Post Berkaitan

Comments