Juara MYCL berentap di Korea?
Korea memanggil juara MYCL sertai kejohanan
TLC/Malaysia | September 20, 2016 | By Ahadilhi

ief_korea_ garena_clipping

Menurut khabar angin terbaru, juara Liga Kampus Malaysia (MYCL) dijangka memulakan kempen antarabangsa lebih awal apabila menyertai International eSports Festival (IEF) di Korea Selatan, bermula Oktober depan.

Seawal bulan Julai lepas, Garena Malaysia mengumumkan tiga program baharu yang bakal menjulang pentas kampus di Malaysia:

  • Sistem Ranking Pelajar khas buat pemain aktif League of Legends daripada kesemua institut pengajian tinggi dan sekolah menengah di Malaysia
  • Tawaran biasiswa separa daripada Garena Malaysia bernilai RM 6, 000 bagi setiap pemain. (Juara Divisyen Kolej sahaja)
  • Slot kelayakan untuk bertanding di Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC) di Thailand bermula November, 2016. (Juara Divisyen Kolej sahaja)

 

Kini, pasukan Team Malaysia yang bakal berentap di LICC nanti, akan mengambil bahagian dalam satu kejohanan pemanas badan iaitu IEF International College League menentang pasukan-pasukan sedunia yang lain. Persoalannya, siapakah akan muncul juara MYCL pada hujung minggu ini?

 

nffnecy

 

Untuk pengetahuan anda, perlawanan final MYCL menyaksikan pertembungan epik antara Asia Pacific University (tuan rumah) dan Taylor’s University (juara bertahan) pada Sabtu, 24 September ini. Jangan terlepas aksi bersejarah ini!

Bagi IEF pula, festival itu merupakan satu acara kemuncak di luar kempen kompetitif sama seperti Selangor Cyber Games namun IEF merupakan jalinan kerjasama antara Korea dan China. Kejohanan itu dijangka bermula 9-10 Oktober, 2016.

 

Kalau korang pandai berbahasa Korea, here you go!

 

LAMAN WEB RASMI IEF

 

Post Berkaitan

Comments