Lucky Kim.. tuah di SCG
Memperkenalkan TheInvincibleKim
Aktiviti | September 20, 2016 | By Ahadilhi

kim_showmatch

Beginilah kisah Kim “The InvincibleKim” Shi Xin… Beliau merupakan kanak-kanak berumur 14 tahun yang menjiwai eSukan dan sudah aktif dalam permainan League of Legends sejak dua tahun lalu. Sebaik menerima berita bahawa acara Selangor Cyber Games (SCG) akan diadakan semula, Kim mempunyai harapan tinggi untuk menyertai acara eSukan pertamanya.

Namun, kedua-dua ibubapa Kim terpaksa menghalang impiannya buat sementara gara-gara masalah keselamatan dalam perjalanan ke One City, Subang Jaya, apa tidaknya Kim hanya pelajar Tingkatan Dua. Akhirnya, impiannya tercapai juga setelah berjaya memujuk ibubapanya untuk membawa dia ke LRT. Menariknya, ibubapa Kim menghantarnya lebih awal supaya dapat mengelak kesesakan pengangkutan awam pada hari minggu dan Kim mendaftar dirinya selaku pendaftar pertama di SCG Hari Ke-2!

Semangat dan komitmen Kim tidak disia-siakan apabila dia terpilih sebagai salah satu daripada  lima pemain penonton yang akan bermain bersama pengacara SCG, Nabil Ahmad dan Kuala Lumpur Hunters.  Dalam perlawanan showmatch itu, TheInvincibleKim menggunakan Champion utamanya iaitu Katarina! Untuk pengetahuan anda, Kim juga merupakan peminat setia KLH dan dia tidak rela mengecewakan dirinya berdepan idolanya.

kim_top3

Tiga pemain kegemaran TheInvincibleKim

“Selain daripada Thresh dan Zed, saya sangat menggemari Katarina kerana dia antara assasin yang paling bahaya dalam League of Legends, terutama sekali menentang champion yang tidak mempunyai skil CC yang ampuh. Secara peribadi, saya suka memainkan peranan sebagai perancang utama (playmaker) tetapi saya juga boleh bermain di posisi lain bergantung kepada kelemahan dan kekuatan pasukan saya,” kata Kim.

Lebih lagi, Kim memenangi beberapa hadiah-hadiah menarik! Memang bertuah budak ni! Antara hadiah yang dimenangi, termasuk: LoL Limited Edition Role Shirt, Tryndamere Figurine, dan Teemo Hat. 

adik-kim

Alang-alang dah menang banyak, DuniaLoL pun hadiahkan baju Alpha Tester kepada Kim!

 

Apabila ditanya tentang cita-cita apabila mengakhiri zaman persekolahan nanti, Kim memberikan jawapan paling sempurna sekali.

“Dalam banyak-banyak permainan video dalam dunia ini, League of Legends adalah kegemaran saya. Secara jujurnya, saya suka mengenali kawan baru dan saya juga tidak ada masalah berkomunikasi sesama ‘Trolls’.

 

“Dengan itu, saya berharap untuk menyertai syarikat Garena setelah menamatkan pembelajaran saya. Mungkin sebagai seorang ‘ambassador’ kerana itu akan membuatkan saya gembira,” kata Kim.

 

Al-Pendapat “Ahadilhi”

 

Secara jujurnya, karakter-karakter seperti TheInvinsibleKim adalah sebab utama laman web seperti DuniaLoL diwujudkan. Semangat untuk mengejar impiannya tersendiri, saya menganggap Kim “TheInvincibleKim” Shi Xin sebagai satu contoh baik buat komuniti eSukan Malaysia. Diharapkan Kim terus memberi 100% dalam hidupnnya dan semoga impiannya tercapai dalam masa yang terdekat.

kim_asus

Keep it up, Kim!

 

 

Post Berkaitan

Comments