“Tiada GPL, Tiada masalah”
Garena alih tumpuan kepada liga kampus
TLC/Malaysia | September 21, 2016 | By Ahadilhi

gaming

“Tiada GPL. Tiada Masalah” Itu yang dimaksudkan Naib Presiden Garena, Jason Ng, ketika mengesahkan kejohanan terunggul Asia Tenggara iaitu Liga Perdana Garena (GPL) bakal mengikuti haluan baru bermula tahun depan.

Keputusan itu dibuat dengan tujuan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan liga domestik masing-masing terutama sekali saingan Liga Kampus yang menyaksikan pelbagai initiatif baru terutama sekali di Malaysia.

“Dana yang telah disediakan untuk GPL selama ini akan disalurkan ke dalam liga kampus. Saya percaya kami dapat memberi impak yang lebih besar dari segi pembangunan eSukan sekiranya GPL sudah tiada.” kata Jason.

Menurut laporan PVP LIVE, Garena akan menyediakan dana buat negara-negara bawah naungannya untuk menanggung kos seperti bayaran pasukan profesional, kru penerbitan, dan menubuhkan sistem kampus yang lebih bermanfaat.

Sementara itu, Jason juga berharap untuk melihat negara-negara SEA mendapat satu slot kelayakan ke International Wild Card Invitational (IWCI) secara automatik.

“Sekiranya Riot Games bersetuju untuk memberikan slot kelayakan automatik kepada negara-negara Asia Tenggara untuk menyertai IWCI, kami tidak perlu mengadakan GPL setiap tahun.” ujarnya.

Setakat ini, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina perlu menyertai GPL terlebih dahulu. Kemudian pemenang akan ke IWCI dan pemenang IWCI akan menerima satu 1 daripada 2 slot Wild Card ke Worlds.

 

Al-Pendapat “Ahadilhi”

Sebelum anda mula maki “Kau gila ke?! Elok ada peluang untuk menyertai Worlds.. kau senang-senang buang harapan tu?!”, bawa bertenang dulu.

Bagi saya, memang benar GPL merupakan satu-satunya cara untuk menyaksikan pasukan tempatan menyertai Worlds. Apatah lagi, Garena juga belum memberi penjelasan mengenai kejohanan yang bakal menggantikan GPL apabila masanya telah tiba. Itu adalah harapan saya, sama seperti anda semua. Secara jujurnya, memang dah lama nampak macam Garena akan lari sedikit dari eSukan. Dulu “Connecting World Gamers”, sekarang “Connecting the Dots”. Gamers pergi mana?

Tetapi, persoalannya adakah kami (SEA), sudah bersedia untuk bersaing pada taraf yang sama seperti SKT T1, TSM, Flash Wolves atau Edward Gaming? Memanglah Worlds tu kejohanan paling berpestij untuk League of Legends tetapi adakah ia memberi manfaat kepada pasukan-pasukan kami?

klh-crowe-feaatured

Tahu tak, wakil Malaysia iaitu Kuala Lumpur Hunters merupakan pasukan ketiga terbaik seluruh Asia Tenggara? Usahlah membuat perbandingan sambil bersama pasukan antarabangsa kerana ia tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukan tanah air. Apa yang diperlukan adalah saingan kompetitif dari seluruh negara, dari situ setiap pasukan boleh memperbaiki kelemahan masing-masing.

Ingat, umur kompetitif pemain-pemain eSukan bermula dari kecil tetapi boleh tamat lebih awal. Itulah antara sebab utama liga kampus sama ada universiti mahupun sekolah menengah  telah diberikan tumpuan juga. Jika anda terlepas entri saya sebelum ini, juara MYCL akan menyertai dua kejohanan antarabangsa tahun ini untuk memberikan pengalaman yang amat bergunan buat mereka.

Komitmen adalah segala-galanya. Perbaikilah saingan domestik terlebih dahulu sebelum menceritakan saingan antarabangsa.

Post Berkaitan

Comments