Panduan Survival Pemain Toksik
Tips lawan Mr. Toksik
Lain | September 22, 2016 | By Ahadilhi

survival_toksik

Kita semua pernah cuba, duduk dengan harapan tinggi sambil menunggu queue perlawanan sebelum memilih Champion masing-masing. Malangnya, 10 minit selepas perlawanan bermula, pasukan anda kelihatan hambar: Bot Lane feed, Jungler enggan membantu Gank, Mid Lane pula mnyerah Turret percuma (dan bagi First Turret Gold). Namun, yang pelik sekali apabila teammate yang mula toksik dulu? Dia mula membuka mulut dan mengapi-apikan situasi seperti Phoenix Stance Udyr. Ada buat salah kecil? Dia spam “enemy missing” dekat kepala Champion.

Tuan-tuan dan puan-puan, saya memperkenalkan anda kepada seseorang yang amat popular (dan tak pernah disukai): Mr. Toksik. Jadi, apakah cara terbaik untuk mengawal Mr. Toksik yang ‘abusive’ ni? Jom kita cover topik ni!

 

Langkah 1: Cuba Dengar dan Cuba Faham

 

nasihat_tulen

Ada kalanya, memang susah untuk mengabaikan kata-kata Salty oleh Mr.Toksik. Tetapi, adakah Mr.Toksik sebenarnya berhak menyuarakan kemarahannya? Mungkin, ada nasihat yang bernas disebalik Flaming oleh Mr. Toksik. Anda perlu ingat, pergaduhan antara rakan sepasukan tidak akan membawa sebarang manfaat kepada pasukan secara keseluruhan.

Bagaimanapun, ada juga Mr.Toksik yang mencari pasal dengan sengaja. Itu merupakan satu sifat yang tidak boleh diubahsuai sekiranya berdepan karakter seperti itu. Apa yang penting, anda tidak terjebak dengan unsur-unsur negatif tatkala League merupakan sukan berpasukan, lawan sehingga saat-saat terakhir dan jadilah tunjang pasukan ke arah ‘Victory’.

 

Langkah 2: Be nice

toksik_meme

 

Mengapakah program Fight with Honor dilancarkan? Provokasi sentiasa wujud dalam mana-mana sukan. Elakkan diri daripada bertengkar sekiranya anda beraksi secara casual. Inilah masa terbaik anda mempelajari teknik “lawak sarkastik”… CONFIRM dia terdiam.

 

Mr.Toksik hanya sekadar jaguh Chat Room sahaja. Bikin panas dekat situ sahaja. Don’t fight fire with fire! Macam mana sekali pun, Mr. Toksik adalah rakan sepasukan anda. Jadilah solution, bukan problem.

 

Langkah 3: Sila bertanggungjawab

Perasaan ego akan menjejaskan pasukan anda. Sekiranya, Mr.Toksik betul-betul bermain dengan teruk… jangan jadi seperti dia pula. Kill dan Assist tidak bermakna sekiranya anda sanggup membiarkan rakan-rakan lain terkorban dengan mudah. Buat salah? Mengaku terus kesalahan itu! Pesan kepada rakan-rakan bahawa anda akan mencuba sebaik mungkin. Jika anda mempamerkan usaha dan komitmen, tidak ada sesiapa yang boleh membuat tuduhan ke atas anda.

 

Langkah 4: Kalau semua dah try…mute je

mute_meme

 

Dah hilang sabar? Mute je senang! Apa yang dapat dimanfaatkan sekiranya anda terus melayan perangai Mr. Toksik? Settle masalah. Kalau nak mute seseorang, tekan butang ‘Tab’ kat keyboard, dan tekan butang speaker dalam team scoreboard. Sekali gus, boleh mute semua kalau nak, musuh juga.

Janganlah sebab bertengkar dengan Mr.Toksik, perlawanan anda yang seterusnya terjejas juga. Mental koyak memang dah tak boleh buat apa dah.

 

Langkah 5: Report Mr.Toksik

Ada dua jenis pemain yang membuat Report.. Jika anda sering membuat Report dalam setiap perlawanan seperti Mr. Toksik, tak ada makna pun kerana League of Legends tidak m,emberi muka kepada mereka yang Spam Report. Tahukah anda, Riot Games lebih menghargai pemain yang mengambil sistem Report dengan serius. Pemain-pemain toksik hanya merosakkan komuniti League of Legends kami. Tak payah nak bersimpati. Tekan “Report”, tekan “Verbal Abuse” (kalau musuh yang BM kaw-kaw “Unsportsmanlike Conduct” juga) dan tulis jelas-jelas apa Mr.Toksik yang cakap tentang mak kau.

Post Berkaitan

Comments