Starter Pack MYCL
Peringatan khas buat pengunjung MYCL hujung minggu ini!
TLC/Malaysia | September 23, 2016 | By Ahadilhi

Kejohanan Liga Kampus Malaysia (MYCL) bakal mempertengahkan dua perlawanan final bagi Divisyen Kolej dan Sekolah. MYCL merupakan platform bersejarah dalam eSukan Malaysia dan kesemuanya akan berlangsung pada 21 September di Asia Pacific University, Bukit Jalil.

Dengan itu, DuniaLoL telah menyediakan artikel panduan ini supaya dapat memudahkan perjalanan anda di MYCL nanti. Jadi, apakah yang anda perlu ingat? Pertama sekali, entri ke dalam venue adalah PERCUMA! Datang beramai-ramaian dan beri sokongan kepada kampus anda!

Ada barang percuma tak nanti?

preregister_mycl

Semestinya ada! Namun, ada syarat, anda merupakan 100 pendaftar pertama mengisikan nama pada sesi Pra-Pendaftaran, diumumkan minggu lepas.
Hadiah-hadiah pra-pendaftaran termasuk Thunderstick, Musketeer Twisted Fate Skin Card dan sehelai Baju Liga Kampus Baron Nashor!

Jika anda terlepas sesi pra-pendaftaran, tak perlu bersedih lagi! Anda masih lagi berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk membawa pulang hadiah-hadiah seperti produk-produk gaming Logitech!

  • Logitech G710 mechanical keyboard
  • Logitech G600 gaming mouse
  • Logitech G240 mousepad

Kampus Asia Pacifidc University dekat mana, eh?

apu_kampus

Sila rujuk ke link Google Maps ini

 

Biar betul ada Biasiswa eSukan?

mycl_scholarship
Betul! MYCL menawarkan Biasiswa eSukan pertama di Malaysia bagi juara Divisyen Kolej nanti. Juara Divisyen juga akan mewakili Malaysia apabila menyertai Kejuaraan Kampus Antarabangsa League of Legends (LICC), yang pertama sekali dalam Asia!

Bukan itu sahaja, hadiah wang tunai melebihi RM30,000 bakal dimenangi keempat-empat finalis MYCL nanti.

Siapa lawan siapa nanti? Ada jadual tak?

 

Berikut adalah jadual perlawanan ketika di MYCL nanti:

mycl_fixturesfinal

 

Menurut laman web rasmi Garena, pintu entri dan pendaftaran akan dibukan seawal 10.30 pagi! Pastikan anda sampai lebih awal, mana tahu ada kelebihan yang tidak tersangka.

Perlawanan final Divisyen Sekolah akan bermula terlebih dahulu pada 11 pagi, sebelum perlawanan final Divisyen Kolej dijangka mula pada 2.15 petang.

Post Berkaitan

Comments