Live Vid Streaming MYCL Season2 2016
Apakah yang bakal berlaku di MYCL.? Siapakah yang bakal memenangi finals buat Junior dan Collegiate division? Pastikan anda saksikan live streaming dan alami suasana event eSports Malaysia!
Stream | September 24, 2016 | By abang dots

Saksikan Malaysian Campus League di sini.

11.00 am – 11.30 am 
–  Terdapat gangguan teknikal dari segi kekuatan connection internet yang menyebabkan para pemain mendapat ping yang berbeza. Ini menyebabkan siaran live streaming tergendala buat seketika dan pihak Garena akan meneruskan semula apabila internet connection di Asia Pacific University menjadi lebih stabil.
–  Untuk menjamin kualiti permainan, dengan menghentikan live streaming, perlawanan finals buat Junior Division di antara pasukan SM San Min SUWA dan SMK Pei Yuan Kampar sedang bergerak langsung

Junior Division Finals!

11.30 am-12.20 pm (Perlawanan Pertama)
– Perlawanan pertama di antara finalis kita telahpon berlangsung. Pemenang buat perlawanan pertama adalah…………………….. San Min SUWA! Pada awal game, pertempuran di antara kedua pasukan adalah sangat sengit tetapi dengan taktik dan disiplin, pasukan San Min SUWA berjaya merampas kemenangan dengan keputusan San Min SUWA 36-19 SMK Pei Yuan. Adakah pasukan San Min SUWA akan meneruskan dominasi ke atas SMK Pei Yuan Kampar?

 

12.26 (Live Streaming Kembali!)

 

12.50 pm – 13:.55 pm (Perlawanan Ke-2)
– Pada awalnya kita dapat lihat pasukan San Min SUWA hampir kalah kepada SMK Pei Yuan kampar tetapi mereka tetap tidak berputus asa. Keadaan berubah apabila pertempuran di Baron berlaku di mana secara tiba-tiba pasukan San Min SUWA berjaya memusingkan keadaan daripada kekalahan kepada kemenangan. Kemenangan kini menjadi milik San Min SUWA dengan keputusan San Min SUWA 17-15 SMKPei Yuan Kampar.

 Collegiate Division Finals!

14.26 pm – 15.13 pm (Perlawanan Pertama)
– Pada perlawanan pertama kita dapat lihat Pasukan Taylor’s begitu yakin dengan kemenangan. Mereka mencapai kemenangan dengan cara yang mudah di mana ramai mula menyatakan bahawa sudah pasti pasukan Taylor’s menang pada kali ke-3 berturut-turut. Kemenangan sememangnya milik Taylor’s dengan keputusan Taylor’s 26 – 9 APU.

 

15.33 pm – 16.21 pm (Perlawanan Ke-2)
– Perlawanan menjadi lebih sengit apabila secara tiba-tiba pasukan APU bagaikan singa kelaparan. Mungkin apabila mereka ditewaskan pada perlawanan pertama, mereka menjadi lebih fokus dan berdisiplin. Apatah lagi dengan sorakan penonton APU sendiri, kita boleh mendengar laungan sokongan daripada orang ramai. Kemenangan kini menjadi milik APU dengan keputusan APU 29-16 Taylor’s

 

16.44 pm – 17.35 pm (Perlawanan Ke-3)
– Adakah ini benar-benar akan menjadi kisah fantasi di mana ‘underdog’ akan meraih kemenangan? Bagaikan David dan Goliath di mana seseorang yang kecil terpaksa menentang gergasi dan walaupun realiti mengajar kita yang besar menang, fantasi mengajar kita bahawa yang kecil juga mampu meraih kemenangan. Kemenangan kini tetap menjadi milik APU dengan keputusan APU 34- 11 Taylor’s.

 

Lihat post juara untuk ketahui bagaimanakah perlawanan terakhir…..

Post Berkaitan

Comments