SanMinSuwa muncul juara
Wakil Perak kuasai Divisyen Junior MYCL
TLC/Malaysia | September 24, 2016 | By Ahadilhi

sanminsuwa

Kebangkitan Sekolah Menengah San Min (SUWA) dalam perlawanan kedua menyaksikan wakil Perak itu muncul juara Divisyen Junior apabila menewaskan SMK Pei Yuan Kampar 2-0 (36-19, 17-15) pada final Liga Kampus Malaysia (MYCL).

Malangnya, aksi final dilanda kontroversi sehari sebelum perlawanan berlangsung apabila diketahui pasukan finalis SMK Seri Sentosa menurunkan pemain yang tidak dibenarkan mengikut undang-undang kejohanan. Dengan itu, Seri Sentosa terpaksa digantikan oleh SMK Pei Yuan Kampar (pengalah peringkat separuh akhir).

[Biarpun digantung selama 6 bulan, pasukan SMK Seri Sentosa tetap menghadiri hari perlawanan untuk menunjukkan sokongan padu kepada pasukan-pasukan lain. Atta boy!]

img_0320

 

Menurut Kapten SanMinSuWa, Thong ‘TNCG Miracle’ Chee Foong, pemain Top Lane itu menyifatkan kejuaraan ini sebagai satu kehormatan buat pasukannya.

“Kami tidak enggan terganggu dengan kontroversi di luar pasukan kami. Memang benar, Seri Sentosa merupakan pasukan yang lebih hebat tetapi kami tidak memperlekehkan cabaran SMK Pei Yuan.

“Secara peribadi, kami mempunyai potensi yang lebih bari berbanding apa yang dipamerkan petang tadi. Bagaimanapun, kami mengekalkan fokus dan saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada AD Carry kami,” katanya.

sanminsuwa_adc

Untuk pengetahuan anda, pemain AD Carry yang dimaksudkan adalah Chan ‘NvG xÇìÐêR’ Meng Fai. Bakat muda ini membuktikan KDA berjumlah 15.00 tidak disia-siakan ketika mendominasi lane tersendiri. Apabila ditanya mengenai saingan The Legends Circuit (TLC) Malaysia pada tahun 2017, Chee Fong mendedahkan bahawa itu merupakan satu impian buat pasukannya.

“Kami tidak menafikan bahawa saingan TLC merupakan langkah seterusnya untuk setiap pemain dalam pasukan ini. Bagaimanapun, kami tidak terburu-buru untuk menyertai TLC kerana kami masih dalam proses melatihkan diri,”

sm-sanmin-suwa

TAHNIAH KEPADA SM SAN MIN (SUWA) !

 

Post Berkaitan

Comments