‘Underdog’ APU menjadi Juara!
Asia Pacific University Juara MYCL!
Komuniti | September 24, 2016 | By Aiman Sabri

underdog

Pengenalan

Selama dua tahun berturut-turut Taylor’s University telah menjuarai MYCL dengan kemenangan yang mutlak. Keputusan hari ini adalah sesuatu yang ramai tidak sangkakan di mana pasukan APU mengalahkan pasukan Taylor’s 3-1 (9-26, 29-16, 34-11, 28-22) pada final liga kampus Malaysia.

Simpulan Ringkas Perlawanan

taylors-mycl

(Perlawanan Pertama)
Pada perlawanan pertama kita dapat lihat Pasukan Taylor’s begitu yakin dengan kemenangan. Mereka mencapai kemenangan dengan cara yang mudah di mana ramai mula menyatakan bahawa sudah pasti pasukan Taylor’s menang   tiga tahun berturut-turut. Kemenangan sememangnya milik Taylor’s dengan keputusan Taylor’s 26 – 9 APU.

 

Prestasi pasukan APU pada perlawanan pertama tidak memberangsangkan buat sama sekali. Mereka kelihatan rapuh, dengan pergerakan pasukan yang tidak strategik, kematian awal champion yang tidak membawa sebarang keuntungan dan juga kurangnya aksi warding yang mantap. Mungkin mereka gugup kerana beraksi di depan penonton yang ramai serta penuh tenaga, apatah lagi dengan 80% penonton adalah pelajar APU sendiri.

apu-stress

(Perlawanan Ke-2)

Perlawanan menjadi lebih sengit apabila secara tiba-tiba pasukan APU bagaikan singa kelaparan. Mungkin apabila mereka ditewaskan pada perlawanan pertama, mereka menjadi lebih fokus dan berdisiplin. Apatah lagi dengan sorakan penonton APU sendiri, kita boleh mendengar laungan sokongan daripada orang ramai. Kemenangan kini menjadi milik APU dengan keputusan APU 29-16 Taylor’s

Pada perlawanan kedua, saya dapat lihat bahawa pasukan Taylor’s memilih Draven sebagai AD-Carry mereka dan walaupun champion tersebut merupakan seorang damage dealer yang tinggi, dia sememangnya mempunyai beberapa kelemahan seperti burst yang tidak cukup laju jika dibandingkan dengan dengan AD-Carry lain. Senang kata, Draven bukan dalam meta sekarang.

apu-focus-demi-kemenangan

 

(Perlawanan Ke-3)
Adakah ini benar-benar akan menjadi kisah fantasi di mana ‘underdog’ akan meraih kemenangan? Bagaikan David dan Goliath di mana seseorang yang kecil terpaksa menentang gergasi dan walaupun realiti mengajar kita yang besar menang, fantasi mengajar kita bahawa yang kecil juga mampu meraih kemenangan. Kemenangan kini tetap menjadi milik APU dengan keputusan APU 34- 11 Taylor’s.

Pada perlawanan ke-3 saya dapat lihat bahawa mid laner APU membuat banyak plays yang luar biasa dengan menggunakan Cassiopeia. Dia sering mendapat support daripada top laner yang menggunakan global ultinya untuk membantu menjamin kill iaitu ulti champion Gangplank ‘Cannon Barrage’.

apu-di-saat-mencapai-kemenangan

 

(Perlawanan Ke-4)
Perlawanan terakhir ini menonjolkan lagi betapa sengitnya setiap pertempuran di antara kedua pasukan. Satu kesilapan kecil boleh menyebabkan kekalahan terutamanya apabila berada di kawan Dragon ataupon Baron yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

Walaupun AD-Carry  Taylor’s begitu lincah beraksi, dengan adanya perisai Braum, segala tembakan ulti Jhin bagaikan ditepis ke tepi sahaja, maka APU mengambil kesempatan untuk menamatkan perlawanan.Kemenangan kini tetap menjadi milik APU dengan keputusan APU 26- 21 Taylor’s.

Post Berkaitan

Comments