Tanggungjawab pemain ‘Pro’
Ingin jadi Pro? Fikir macam Pro dulu!
Aktiviti | September 26, 2016 | By Ahadilhi

pro-wallpaper

Apakah erti ‘pemain profesional’ dalam eSukan? Hari ini, kami sering melihat pemain-pemain eSukan diberi jolokan ‘atlet’. Secara keseluruhan, sekiranya anda mempunyai bakat dalam mana-mana sukan anda boleh menjadi seorang atlet yang sempurna. Tetapi, gelaran “profesional” adalah perkara yang amat berbeza.

Adakah gelaran itu diberikan sewenang-sewenangnyua hanya disebabkan pemain itu menerima bayaran gaji, penajaan ataupun bermain dalam The Legends Circuit (TLC) Malaysia? Di sini saya ingin memberi peringatan tentang tugas dan tanggungjawab seorang atlet yang ingin meninggalkan legasi dalam mana-mana sukan.

Mungkin anda berfikir eSukan Malaysia belum cukup matang untuk situasi ini. Trust me, this will help you in your career.

doublelift1

1) Jadilah peneraju karier sendiri

Zaman ini, ada banyak aspek-aspek lain yang anda perlu memikirkan selain menampilkan bakat yang terbaik. Hari ini, atlet-atlet memiliki pengurus peribadi yang bekerja keras untuk memastikan publisiti, penajaan dan status kewangan anda terjamin.

Walaupun anda diberikan ruang untuk berlatih dan menumpukan fokus sepenuhnya, pastikan anda tidak lupa bahawa ini adalah karier anda sendiri. Buatlah keputusan penting secara matang demi diri sendiri. Do what is best for you, always!

lol-focus

2) Berikan tumpuan kepada komuniti anda

Terutama sekali dalam eSukan di mana komuniti membesar setiap hari, anda perlu berkomunikasi sesama ahli-ahli komuniti anda. Pastikan komuniti eSukan berasa rapat dengan anda, sama ada League of Legends atau Dota2, selebihnya. Secara keseluruhan, anda semua berkongsi matlamat yang sama!

Kenali antara satu sama lain dan cuba sedaya-upaya untuk mengotakan janji anda kepada mereka bagi menjulang eSukan di Malaysia. Usahlah jadi pro gamer yang hanya reti duduk di atas kerusi.

LYON, FRANCE - JULY 06:  Cristiano Ronaldo of Portugal and a ball boy are seen prior to the UEFA EURO 2016 semi final match between Portugal and Wales at Stade des Lumieres on July 6, 2016 in Lyon, France.  (Photo by Clive Rose/Getty Images)

3) Jadilah contoh yang baik kepada pemain-pemain muda

Mungkin anda tidak tahu lagi bahawa karier seorang pemain eSukan bermula pada peringkat sekolah menengah lagi. Jadi, semua pemain pro yang sedia ada harus bertanggungjawab agar pemain-pemain muda dapat mengikut jejak mereka dalam masa kurang 3 tahun.

Sudah berkali-kali kami melihat pemain-pemain pro yang membuat kesilapan ‘tidak matang’, walaupun mereka ternyata mempunyai bakat dalam League of Legends. Bagaimana anda ingin diambil serius sedangkan kelakuan anda tidak serius?

veki-nice-guy

4) Pelajari cara-cara untuk berdepan media

Jika anda berkerja keras, satu hari nanti pasukan anda akan menjadi tajuk utama komuniti League of Legends. Seluruh rakyat Malaysia ingin mengetahui kisah anda, apakah anda bersedia untuk menghadapi cabaran media?

Semestinya, anda tidak mahu mengecewakan rakan-rakan, peminat dan juga ibubapa sendiri, jadilah seorang yang berkaliber dalam perlawanan dan berkarisma di hadapan media. Jangan malu-malu, inilah peluang untuk anda bersuara.

Manchester United's Zlatan Ibrahimovic (centre) celebrates scoring his side's first goal of the game with teammates Paul Pogba (right) and Anthony Martial during the Premier League match at Old Trafford, Manchester. PRESS ASSOCIATION Photo. Picture date: Friday August 19, 2016. See PA story SOCCER Man Utd. Photo credit should read: Nick Potts/PA Wire. RESTRICTIONS: EDITORIAL USE ONLY No use with unauthorised audio, video, data, fixture lists, club/league logos or "live" services. Online in-match use limited to 75 images, no video emulation. No use in betting, games or single club/league/player publications.

5) Pamerkan aksi bermati-matian, setiap kali

Jangan mudah putus asa kerana kami boleh belajar daripada kesilapan kami. Apa yang penting, anda sentiasa dikenali sebagai pemain yang mengorbankan segala-galanya demi sukan tercinta. Satu hari nanti, eSukan akan meletup dalam Malaysia! Pastikan anda diingati apabila ia berlaku!

Post Berkaitan

Comments