Wildcard: INTZ E-Sports
Wakil Brazil ingin pamer sentuhan Samba
Antarabangsa | September 27, 2016 | By Ahadilhi

 intz_esports

 Gabriel “Tockers ” Claumann |  Micael “micaO ” Rodrigues | Gabriel “Revolta” Henud |  Felipe “Yang” Zhao | Luan “Jockster” Cardoso

Majlis pembukaan kejohanan Worlds 2016 bakal menjelajahi Amerika Syarikat (US), bermula 30 September ini. Sebanyak 16 pasukan League of Legends terbaik dunia akan menurun ke gelanggang pahlawan minggu ini dengan harapan tinggi untuk menjulang Piala Summoner pada penghujung kempen ini.

Setiap tahun, jaguh-jaguh League of Legends dari Korea Selatan, Eropah, Amerika Utara dan China disertai dua pasukan Wildcard yang mewakili negara-negara Asia Tenggara, Amerika Latin dan Eropah Timur. Salah satu pesaing Wildcard tahun ini adalah, tidak lain dan tidak bukan INTZ E-Sports dari Brazil.

 

TENTANG INTZ E-SPORTS

intz_esports2

 

Ditubuhkan pada tahun 2014, kemungkinan besar INTZ E-Sports merupakan satu-satunya pasukan League of Legends yang masih dibintangi pemain-pemain yang sama sejak penubuhannya. Untuk pengetahuan anda, tempoh 2 tahun merupakan satu tempoh yang amat panjang dalam eSukan tatkala saingan dibahagikan kepada dua musim dalam setahun.

INTZ E-Sports sudah lama memegang gelaran “pasukan terhandal Brazil“, namun eSukan merupakan sukan yang cukup berbeza dengan bolasepak. Bagaimanapun, INTZ E-Sports berjaya menguasai kejohanan IWCQ — kejohanan kelayakan ke Worlds 2016 — apabila menidakkan wakil Turkey, Dark Passage dalam aksi final. INTZ juga memecahkan rekod liga CBLoL apabila mencetak 14 kemenangan secara berturut-turut di Brazil.

Seandainya, INTZ benar-benar memiliki “sentuhan Samba” tersendiri, pastinya ia dihasilkan oleh Jungler, Gabriel “Revolta” Henud. Bekas pemain Mid Lane itu dianggap sebagai pemain terhebat Brazil sehingga Riot Games memilihnya sebagai salah satu subjek utama dalam rancangan popular, Legends Rising

 

Sebelum ini, Revolta terkenal dengan aksi-aksi mantap apabila menggunakan Twisted Fate di Mid Lane. Namun, Revolta telah pun mempertingkatkan skil Jungler dan lebih sering dilihat menggunakan Gragas menjelang saingan Worlds 2016.

 

PELUANG DI WORLDS 2016

worlds2016_groupc

(Kumpulan C: EDward Gaming, H2K Gaming, AHQ E-Sports Club)

Melihat kepada undian Kumpulan C, INTZ berdepan cabaran yang cukup getir untuk melepasi saringan kumpulan. EDward Gaming dan H2K Gaming merupakan dua pasukan terunggul bagi China dan Eropah. Lebih lagi, AHQ e-Sports Club memiliki dua Mid Laner terhandal Asia iaitu Westdoor dan Chawy. Atas kertas, peluang INTZ tidak begitu cerah dan mereka boleh berbangga seandainya mereka berjaya menempatkan diri di tempat ketiga dan ke atas.  

 

Post Berkaitan

Comments