Malaysia All-Stars #2
4 pemain yang mampu jadi pelengkap skuad All-Stars
Antarabangsa | September 28, 2016 | By Ahadilhi

my_allstar_captains

 

Sekiranya anda masih tertanya, undian Kapten All-Star Malaysia masih dibuka! Anda diberikan peluang untuk melantik kapten Team Malaysia menjelang pertempuran ASEAN termasuk Vietnam, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura.

Juara ASEAN akan diserapkan ke dalam kejohanan International Wild Card All Star Event — di mana juara kejohanan itu akan melangkah ke League of Legends All-Star Event, di Barcelona.

 

ASEAN All-Stars –> Wild Card All-Stars –> LoL All-Stars

Cara Undi Kapten Anda:

  • Log masuk ke akaun Garena sebelum mengundi
  • Anda perlu memiliki Summoner Lvl.30 (sekurang-kurangnya selama 24 jam atau lebih) untuk mengundi
  • Anda hanya diberi 1 undian, pastikan pilihan anda!

Tempoh undian berakhir 3 Okt, 11:59mlm GMT +8

_________________________________________________________________

SIAPA MAMPU SERTAI

KAPTEN ALL STARS MALAYSIA?

Sebelum ini, DuniaLoL membincangkan peluang kesemua 8 calon kapten, namun siapakah 4 lagi pemain yang bakal melengkapkan pasukan All-Stars Malaysia nanti? Sebagai peringatan, Kapten yang memiliki jumlah undian tertinggi akan ditugaskan memilih 4 lagi pemain The Legends Circuit (TLC) Malaysia untuk menyertai pasukan All-Stars negara.

Undian akan dibuka selama 5 hari lagi! Oleh kerana KLH OzoraVeki memiliki peratusan yang agak ketara (63.2%), kami percaya keputusan itu telah memberi gambaran siapa bakal mengendalikan skuad All-Stars Malaysia. Do keep voting, everyone!

 

TOP LANE

timber_shine

Lim “Timber” Guan Lin

Kapten Aurora, Timber merupakan pemimpin pasukan yang dipenuhi anak jati Pulau Pinang. Pada saingan TLC lepas, Aurora melakukan kejutan apabila berjaya memasuki peringkat suku akhir setelah meraih tempat kedua dalam saingan kumpulan (hanya dipintas juara keseluruhan, Kuala Lumpur Hunters). Ramai masih menganggap Timber sebagai satu pemain yang memiliki “potensi tersembunyi”.

 

Tam “ShiNe” Shee Kheing

Bersama Fire Dragoon, ShiNe gagal menyinar dalam TLC apa tidaknya FD mengakhiri kempen di tempat tercorot. Itu adalah cerita lama! Kini bersama Mineski-X, ShiNe telah membuktikan dirinya sebagai salah satu pemain Top Lane terbaik Malaysia. Setelah menguasai kejohanan Selangor Cyber Games, ketua jurulatih Mineski-X, Cola, memilih ShiNe sebagai MVP  keseluruhan dan menggariskan kualitinya sebagai satu pemain yang harus dipantau bermula musim hadapan.

JUNGLE

qaspiel_wicked

Sia “QaspieL” Sze Pin

Siapa lagi kalau bukan, Qaspiel? Pemain setia Kuala Lumpur Hunters itu dianggap pemain terhebat zaman kegemilangan KLH. Seorang Jungler berpengalaman, Qaspiel sudah banyak mengorbankan masa dan usaha untuk membina namanya di pentas Asia Tenggara. Apabila Qaspiel menemui rentaknya, KLH tidak dapat dikawal mana-mana pasukan!

Ng “Wicked” Chee Chuen

Wicked beraksi dengan penuh semangat apabila Team 123 berjaya mara ke final Selangor Cyber Games. Sama seperti rakan-rakan sepasukannya, Wicked berharap untuk menebus kekecewaan SCG secepat mungkin dan kejohanan All-Stars memberikannya peluang keemasan.

MID LANE

kirino_ozoraveki_xare

Lee “Kirino” Kaiwen

Dikenali sebagai “The Mid Lane Prodigy”, Kirino perlu meninggalkan zaman toksik dan mula mengutamakan kariernya dalam eSukan. Lebih menarik, OzoraVeki juga pernah mengatakan bahawa dia berharap untuk melihat Kirino mengambil alih posisinya apabila dia bersara. Sekiranya OzoraVeki sanggup beroperasi dalam posisi lain, Kirino harus diberikan peluang sekali lagi.

Poon “OzoraVeki” Kok Sing

Kapten KLH, OzoraVeki menerima 63.2% undian Malaysia All-Stars. Itu adalah bukti terbaik mengenai impaknya dalam komuniti League of Legends Malaysia. Setelah mengetuai cabaran Malaysia pada tahun lepas, OzoraVeki menjadi tumpuan sekali lagi untuk membimbing rakan-rakannya.

Jonathan “Xare” Chan Mun Shum

Pengurus KLH, Crowe pernah menyifatkan Xare sebagai “the missing piece to KLH’s puzzle”, namun pelajar UTAR itu tidak mampu mengenepikan pelajarannya buat masa ini. Siapa tahu, mungkin Xare akan membuat kejutan dalam masa terdekat.

AD CARRY

xpulse_jaeyoong

Jacob “xPulse” Yeow

Jika xPulse benar-benar sedang berlatih bersama KL Hunters, pemain veteran ini harus melakukan sesuatu yang berimpak. Apakah MY All Stars merupakan peluang terbaik untuk pemain AD Carry Swestic itu? Time to get even more serious, Jacob!

Yoong “JaeYoong” Chung Seung

Tahun lepas, JaeYoong dipilih untuk menyertai pasukan All-Stars tahun lepas. Bekas kapten KLH itu merupakan seorang pemain veteran di Malaysia dan bakal mengetuai cabaran Orange Esports tahun hadapan. Sama ada dipilih sekali lagi ataupun tidak, JaeYoong mempunyai tanggungjawab besar pada musim akan datang.

SUPPORT

ilinks_souperior_xeno

Tan “iLinks” Lih Shenq

iLinks hampir mencipta kemenangan besar sebelum tewas di tangan Mineski-X di Selangor Cyber Games. Pemain Support itu juga merupakan ketua pasukan Fantastic Gaming dalam TLC. Apakah iLinks sedia menghadapi cabaran yang lebih tinggi?

Calvin “SOUPerior” Yang Quok Vern

Semestinya, OzoraVeki akan memilih rakan sepasukannya SOUPerior sekiranya memilih untuk bermain di posisi Mid Lane. Setelah berjuang dalam satu pasukan berdepan pasukan-pasukan terhandal Asia Tenggara, SOUPerior merupakan pilihan paling wajar.

Tee “Xeno” Chen Yen

Banyak yang diharapkan oleh Mineski-X tahun depan, namun apakah pemain Support, Xeno akan diberikan peluang? Tatkala Mineski-X dan KLH bakal menjadi seteru ketat musim depan, kami terpaksa menunggu sedikit lagi sebelum dapat melihat ShiNe dan Xeno beraksi.

Post Berkaitan

Comments