5 Lagenda Worlds 2016
Takhta milik siapa?
Antarabangsa | September 29, 2016 | By Ahadilhi

[JUNGLE] Peanut – ROX Tigers

peanutpeanut_stats3

Pemain termuda dalam senarai ini, namun Peanut telah membuktikan dia tidak gentar untuk berdepan cabaran pemain senior. Biarpun masih banyak ruang untuk Peanut memperbaiki teknik, dia merupakan salah satu Jungler terbaik pada tempoh awal perlawanan.

peanut_stats1

Ketibaan Peanut di ROX Tigers menjadikan wakil Korea Selatan itu pasukan yang digeruni secara serta merta. Dengan prestasinya yang tidak tersangka, ROX Tigers berjaya mengenepikan SKT T1 selaku pilihan utama Korea Selatan.

peanut_stats2

Tetapi, ada seorang lagi pemain Jungler yang dinilai lebih tinggi berbanding Peanut dalam senarai ini. Mengapa? Orang ramai masih mempertikaikan prestasi Peanut ketika diturunkan untuk perlawanan final atau perlawanan penting. Secara 1v1, Peanut belum membuktikan bahawa dia mampu mendominasi lawannya dan kekurangan pengalaman adalah faktor utama. Apapun, karier eSukan Peanut masih panjang dan pencalonannya adalah satu kenyataan kepada seluruh dunia.

 

_________________________________________________________________

 

[JUNGLE] Clearlove – EDG

clearlove_lr clearlove_stats3

 

Siapakah Jungler terbaik dunia? Pastinya bintang EDward Gaming, Clearlove. Seorang pemain veteran yang sudah lama beraksi secara kompetitif, kini pengalamannya tidak dapat disamakan mana-mana pemain dari China.

clearlove_stats1

Clearlove sentiasa selangkah dihadapan lawannya dan kepintarannya untuk melakukan Gank di seluruh peta adalah perbezaan berbanding pemain Jungler yang lain. Selain melaksanakan tugasnya sebagai Jungler, Clearlove juga memainkan peranan besar apabila pertempuran pasukan berlaku.

clearlove_stats2

Bagaimanapun, Clearlove merupakan seorang pemain yang mengambil masa untuk menguasai Champion yang digunakan. Sekiranya Clearlove mendapat pilihan kegemarannya pada setiap perlawanan, EDG mampu melakar kejutan.

 

_________________________________________________________________

 

[ADC] Deft – EDG

deft_lrdeft_stats3

Buat masa ini, tiada pemain AD Carry yang lebih lengkap berbanding Deft. EDward Gaming adalah satu pasukan yang mengutamakan Bot Lane dan meluru ke arah kemenangan menerusi prestasi Bot Lane.

deft_stats1

Dengan adanya Patch 6.18, pertempuran Bot Lane akan diberikan tumpuan yang lebih besar berbanding edisi yang lepas. Oleh itu, wakil China itu mempunyai peluang terbaik untuk berjuang sejauh mungkin pada tahun ini.

deft_stats2

Secara 2v2 di Bot Lane, tiada satu pasukan yang lebih ampuh daripada EDG. Penguasaan Bot Lane akan bergantung banyak kepada bantuan Gank oleh Jungler atau Mid Laner. Jika gagal, EDG for the win!

 

_________________________________________________________________

 

[MID] Faker – SKT T1

faker_lrfaker_stats3

Secara peribadi, Faker masih dianggap sebagai pemain terbaik League of Legends yang pernah saya lihat. Secara individu, Faker mencatat keputusan yang tertinggi bagi pemain Mid Laner dalam kejohanan League Championship Korea (LCK). “Faker adalah pemain Mid Laner terhebat untuk generasi ini”

faker_stats1

Persoalannya, mengapakah “The Unkillable Demon King” jatuh ke tempat kedua? Pertama sekali, SKT T1 gagal menyinar sebagai satu pasukan… Keserasian antara Jungler dan Mid Laner ternyata satu kelemahan buat juara dua kali ini menjelang Worlds 2016.

Dengan itu, ada kalanya Faker (dan juga rakan-rakan sepasukan lain) terpaksa melakukan serangan yang membahayakan. Kebiasaannya, kematian awal Faker akan memberi kelebihan kepada pihak lawan. Biarpun SKT T1 meneruskan perjuangan mereka, KT Rolster mengambil kesempatan ke atas kelemahan itu.

faker_stats2

Apapun, saya tidak menafikan Faker bersama SKT T1 mampu bangkit dan menemui rentak sebenar tepat pada masanya menjelang majlis pembukaan Worlds 2016. Malangnya, masih ada satu pasukan yang memang berhak berada di kedukan No.1, tahun ini.

 

_________________________________________________________________

 

[TOP] Smeb – ROX Tigers

smeb_lrsmeb_stats3

Anda pasti telah melakukan sesuatu yang berimpak untuk ditempatkan pada ranking yang lebih tinggi daripada SKT T1 Faker. Namun, bintang ROX Tigers , Smeb, telah membuktikan haknya untuk berada di tangga teratas.

smeb_stats1

Bukan sahaja pemain paling bernilai (MVP) bagi kedua-dua LCK/Summer dan LCK/Spring, Smeb membawa pasukannya ke arah kejuaraan sekali gus meleburkan rekod SKT T1. Pencapaian itu juga menamatkan penantian dua tahun buat ROX Tigers — juga dikenali sebagai GE Tigers — setelah bertahu-tahun dipintas seteru ketatnya.

Tatkala pemain Top Laner tidak diangkat sama seperti pemain Mid Laner dan AD Carry, ROX Tigers melihat Smeb seperti nadi utama pasukan, biarpun dikelilingi bakat-bakat seperti Peanut, kurO, PraY dan GorillA.

smeb_stats2

Apakah penguasaan Korea Selatan akan berterusan di Worlds 2016 nanti? Mampukah Smeb dan ROX Tigers meraih gelaran pertama di kejohanan dunia League of Legends?

Post Berkaitan

Comments