Worlds 2016: 5 Top Laner
Hanya ada satu Top Laner terbaik
Antarabangsa | September 29, 2016 | By Ahadilhi

Tahun 2016 menyaksikan Top Lane mempertingkatkan kualiti masing-masing sehingga seorang pemain dinobatkan pemain terhebat dunia (bukan SKT T1 Faker!).

Biarpun Patch 6.18 memberi tumpuan lebih besar kepada saingan Bot Lane, para penyokong mula memberi penghormatan kepada Top Lane di mana beberapa pemain mampu jadi pemimpin pasukan.

Dengan itu, kami sajikan kepada anda, 5 pemain Top Lane terbaik di Worlds 2016.

 

Lee “CuVee” Seong-jin – Samsung Galaxy

cuvee

CuVee dipilih kerana dia mewakili negara yang melahirkan pemain Top Lane berkaliber tinggi, secara konsisten. Selain itu, CuVee adalah seorang pemain yang telah banyak berubah sejak penghujung kempen Summer Split. Penukaran Meta tidak menjejaskan prestasinya, namun apakah dia mampu membawa prestasi yang sama di Worlds nanti.

Selain CuVee, Wunder (Splyce) dan Hauntzer (Team SoloMid) turut dipertimbangkan untuk slot ke-5 ini. Tetapi, CuVee memintas mereka ekoran aksi memberangsangkan dalam sesi kelayakan Korea Selatan.

Lee “Duke” Ho-Seong – SK Telecom T1

Day 5 at the 2016 Mid-Season Invitational (MSI) at the Shanghai Oriental Sports Center in Shanghai, China on 8 May, 2016.

Jika kami hanya menumpukan skil mekanikal setiap pemain, Duke pasti menghuni tempat kedua dalam senarai ini. Dari segi bakatnya, hanya Smeb mampu menyaingi skil namun senarai ini ditentukan bergantung kepada keserasian bersama kelima-lima rakan sepasukan.

Dengan itu, kedudukan Duke terjejas gara-gara SKT T1 mengalami masalah kerjasama tahun ini. Sekiranya SKT T1 ingin mempertahankan gelaran mereka, Duke, Blank, Faker, Bang dan Wolf harus bersatu di Worlds nanti.

 

Chen “Ziv” Yi – ahq e-Sports

ziv

Apabila membincangkan ahq e-sports club, perang antara Chawy dan Westdoor pasti terlintas fikiran anda. Malangnya, tajuk itu langsung tidak mencerminkan kualiti pasukan malah ia menggariskan masalah mereka.

Tetapi, Ziv merupakan seorang pemain yang benar-benar mempunyai potensi yang besar. Secara jujurnya, Ziv perlu berhijrah ke pasukan lain jika dia mahu mempertingkatkan lagi bakatnya. Apa yang pasti, Ziv adalah bintang sebenar ahq, bukan Chawy atau Westdoor!

 

Jung “Impact” Eon-yeong – Cloud9

impact

Satu-satunya wakil pasukan Amerika Utara (NA), Impact mengalami satu penukaran drastik dari segi prestasi, tahun ini. Dua bulan lalu, kemungkinan besar Impact tidak layak mendapat slot dalam senarai ini. Kini, Impact lebih menyerlah bersama Cloud 9 dan berjaya mendapatkan Kill 1v1 dalam setiap perlawanan.

Kami hanya perlu tunggu dan lihat, sama ada Impact akan terus memberi ‘impak’ buat C9.

Song “Smeb” Kyung-ho – ROX Tigers

smeb

Secara terus terang, Smeb adalah pemain terbaik dunia apatah lagi pemain Top Lane terbaik dalam League of Legends. Tahun ini, Smeb memenangi dua anugera Pemain Paling Bernilai (MVP) Korea. Selain itu, dia mengakhiri rentetan 2 tahun tanpa sebarang piala apabila menjuarai kejohanan LCK/Summer.

Kini, Smeb hanya mempunyai dua objektif: 1) Julang Piala Summoner di Worlds dan 2) Tewaskan SKT T1 Faker dalam perlawanan siri berlima. Mungkin satu perkara yang merencatkan musim sempurna Smeb, ROX Tigers tidak menewaskan SKT T1 dalam perlawanan final.

Adakah kami akan menyaksikan impian itu tercapai dalam temph 30 hari akan datang?

Post Berkaitan

Comments