INTZ mengejutkan dunia dengan mengalahkan pasukan nombor satu LPL!
Jangan pandang rendah team Wild Card.
Antarabangsa | September 30, 2016 | By Mikail Karma

Oleh Fizzy Ahmad.

intzwonagainstedg

Team Wild Card sebelum ini sudah banyak mengejutkan peminat League of Legends dengan mengecewakan peminat-peminat team yang kuat.

Kebiasaannya, team Wild Card susah untuk mendapat walaupun satu kemenangan.

Pada pukul 12 tengah hari, 30 September, team Wild Card dari Brazil, INTZ e-Sports menjatuhkan team nombor satu China, EDward Gaming (EDG).

Ini bukan kali pertama team Wild Card mengejutkan satu dunia dengan permainan yang penuh dengan tenaga dan mengalahkan team yang lebih terkenal, mahir dan mashyur.


2013

Dalam Worlds 2013, hanya ada satu team Wild Card iaitu GamingGear.EU.

Mereka berjaya mendapat satu kemenangan menentang Team SoloMid (TSM) untuk game terakhir mereka dalam Worlds 2013.

Namun, game ini tidak patut diambil secara serius kerana Dyrus, pemain top laner TSM, bertukar role dengan Xpecial yang merupakan pemain support untuk pasukan tersebut.

tsmseason3


2014

Pada tahun seterusnya, KaBuM! e-Sports adalah team Wild Card yang berjaya membuat keajaiban, memberikan impak kepada Worlds 2014.

Keajaiban yang dibuat oleh team Brazil ini adalah mengelakkan seri untuk tiga pasukan dan menghalang Alliance (eSports) daripada memasuki peringkat suku akhir.

Alliance eSports sebelum itu menang dengan cemerlang melawan NaJin White Shield, tetapi mereka tumbang dengan team dari Amerika Selatan ini.

Jika Alliance menang melawan KaBuM!, mereka akan mendapat markah 4-2 dan akan berlaku seri untuk tiga pasukan seperti yang boleh dilihat dalam papan skor di bawah.

season4worldsgroupd


2015

Tahun 2015 mempunyai team Wild Card yang lebih baik, jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.

paiN Gaming adalah team Wild Card dari Brazil yang pertama mendapat lebih daripada satu kemenangan di pentas dunia.

Mereka berjaya mengalahkan team terbaik dari kumpulan mereka iaitu Flash Wolves dari Asia Tenggara, mengakibatkan team itu terpaksa berkongsi skor dengan KOO Tigers sebanyak 4-2.

Malah, dalam tahun yang sama, paiN Gaming mengalahkan Counter Logic Gaming (CLG) yang baru sahaja berjaya mengalahkan G2 Esports dalam game pertama Worlds 2016 pada hari ini.


2016

Apa yang dicapai pada hari ini oleh INTZ e-Sports adalah sesuatu yang luar biasa. Insiden yang serupa dengan peristiwa KaBuM! e-Sports menjatuhkan Alliance pada tahun 2014.

Walaupun pada permulaannya EDG mendapat ‘first blood’ dan mendahului INTZ dari segi farm dan gold, selepas minit ke-8, INTZ bangkit, mara ke hadapan, sekaligus mengalahkan EDG pada penghujung game.

Ini baru hari pertama INTZ di Worlds 2016. Adakah mereka akan mengekalkan prestasi permainan mereka menentang H2k-Gaming pada keesokan harinya?

Post Berkaitan

Comments