10 champion yang boleh menjadi Star Guardian
Selain daripada Janna, Jinx, Lulu, Poppy, dan Lux.
Komuniti | October 7, 2016 | By Zharif Hamzah

starguardian

Satu temu bual di group FB Gempak Summoners telah diadakan pada 3 Oktober 2016 untuk mengetahui, apa lagi champion yang sesuai dijadikan Star Guardian?

sg-lux-post

Berikut adalah cadangan mereka. Jom kita mulakan ‘pencarian ahli keluarga baru’ Star Guardian untuk menyertai Janna, Lux, Lulu, Jinx, dan Poppy.

 

1. Ashe

ashe_splash_8

(Gambar hiasan.)

 

Isteri kepada Tryndamere ini sudah menjadi wanita robot (Project: Ashe) dan pemanah cinta (Heartseeker Ashe). Apa salahnya kalau Riot menghasilkan Star Guardian untuk Ashe? Jika Tryndamere seorang Raja, Ashe merupakan seorang Permaisuri. Bukankah hebat kalau seorang Permaisuri (kerabat diraja) menjadi Star Guardian? Seorang Permaisuri menjadi wirawati. Sangat hebat.

“Star Guardian Ashe bling bling, pasti cute,” kata Mohd Afizuddin, ahli Gempak Summoners.

 

2. Teemo

(Gambar hiasan.)

 

Kenapa kita nak hadkan Star Guardian untuk champion perempuan sahaja? Jika si yordle Lulu pun boleh jadi Star Guardian, kenapa tidak untuk Teemo? Dengan animasi skilnya yang versatil, (cendawan Omega Squad Teemo boleh jadi periuk api futuristik), Riot boleh mengubah suai animasi Teemo menjadi Star Guardian dan hasilnya pasti memukau.

Ini selari dengan cadangan Azizul Aziz di Gempak Summoners, “Teemo boleh menghiaskan lane dan brush dengan bintang-bintang cantik dan berkilau dengan kilauan yang membunuh.”

 

3. Orianna

star-guardian-orianna

Kita sudah melihat sisi gelap Orianna dengan Bladecraft Orianna. Kita lihat kecomelan dia dengan Winter Wonder Orianna. Jujur, Heartseeker Orianna adalah skin yang seksi. Star Guardian Orianna melengkapkan lagi diversiti pilihan skin untuk mage ini yang sukakan bola sebagai senjatanya.

“Kita tukarkan bolanya jadi planet,” kata Putra Aziz.

 

4. Syndra

thomas-randby-star-guardian-syndra-compressed-eyes1

Bagi aku, Syndra ini adalah champion yang menyeramkan. Mata gelap, baju hitam, bebola yang dia huyung-hayangkan pun warna hitam. (Okey, ungu gelap.) Kita kena berikan sedikit keceriaan untuk champion ini. Skin Heartseeker dan Sweetheart tak sesuai, kerana ia lebih kepada keseksian daripada keceriaan. Nak jadikan champion ini ceria, kenalah jadi Star Guardian. Star Guardian Syndra.

Mohd Afizuddin juga memberikan idea, “Jadikan bola-bola Syndra itu bintang.” Ideanya bertepatan dengan artwork yang dihasilkan oleh Thomas Randby di atas.

 

5. Garen

star_guardian_garen_by_instantip-d8spv9u

Apa? Pink is the new black. Ramai lelaki sekarang pakai pink. Pink tidak mendefinisikan seseorang itu lelaki atau wanita. Kita yang mendefinisikan pink itu sinonim dengan wanita, tapi hakikatnya tidak. Kerana semua jenis warna boleh dipakai oleh sesiapa pun, tidak mengira jantina.

Dan ilustrasi di atas, dihasilkan oleh InstantIP, menunjukkan Garen berpakaian pink. Tapi, Star Guardian Garen tidak semestinya perlu memakai busana berwarna pink. Dia boleh pakai hijau, ungu, atau biru.

Yang penting, animasi Star Guardian Garen haruslah hebat. “Garen bila dia pusing, keluar bintang. Bila dia Q, keluar bintang di kepala.  Bila ulti, tahi bintang jatuh,” kata Nabil Ahmad.

Hei, bagus juga untuk ulti Garen. Yang jatuh bukan pedang, tapi tahi bintang. Tahi bintang yang membunuh champion musuh!

 

6. Sona

star_guardian_sona_by_toetoenia-dahu69y

Sudah terang lagi bersuluh, Sona memang sesuai jadi Star Guardian. Guardian bermaksud pelindung. Dan Sona adalah seorang pelindung. Lihat betapa cerianya Star Guardian Sona, diilustrasikan oleh ToeToenia.

“Sona merupakan seorang healer. Dia suka heal champion lain. Semestinya Sona boleh jadi Star Guardian,” kata Elyza Ali Umar.

 

7. Urgot

star_guardian_urgot_by_ibralui-da7ptm5

Minta maaf banyak-banyak. Kita semua sedia maklum, Urgot adalah champion yang mempunyai pancaindera yang hodoh. Fizikalnya yang tidak digemari ramai, menyebabkan Urgot dilupakan di Summoner’s Rift.

Tahukah anda, Urgot ada skin Chef? Ya! Ada skin Butcher Urgot. Macam Butcher Olaf, tapi Urgot. Tapi, skin itu nampak macam, tengoklah sendiri di sini.

Jikalau Urgot ada skin Star Guardian, ini akan mempertingkatkan publisiti Urgot sebagai seorang champion di League of Legends. “Urgot pun nak jadi popular. Bila Urgot jadi Star Guardian, dia boleh terbang, macam lipas,” kata Muhd Firdaus XD Masni.

 

8. Caitlyn

“Bila Caitlyn aim guna ulti dia, keluar awan. Bila tembak guna ulti, keluar warna-warna; comel,” kata Teh Tarik mengenai sebab dia mahukan Caitlyn menjadi Star Guardian.

Setakat ini, kita tidak nampak lagi Caitlyn ada skin warna-warni. Kalau Vayne ada Heartseeker dan Miss Fortune ada Arcade, Caitlyn kenalah ada Star Guardian. Aku tak tunjukkan gambar penuh artwork Star Guardian Caitlyn oleh Naderia ini, sebab seksi sangat.

 

9. Lee Sin

leesin_5

(Gambar hiasan.)

Nampaknya, elemen bintang menjadi sebab utama skin Star Guardian digemari.

Tidak ketinggalan, Lee Sin harus mempunyai bintang-bintang bersinar di sekelilingnya, untuk melengkapi tubuhnya yang sasa.

Menurut Muhammad Asri, “Ketuk tanah keluar bintang. Q Lee Sin macam tembak bintang.”

 

10. Ahri

star_guardian_ahri_by_shirotoyuu-da6h9jl-2

Artwork di atas hasilkan oleh ShirotoYuu.

Seorang ahli Gempak Summoners, Doflamingo San, menjelaskan, kenapa dia minat Star Guardian Ahri, “Ahri sweet, manja, seksi dan pandai menggoda.”

 

Itulah dia, 10 champion yang berpotensi menjadi Star Guardian. Ada lagi cadangan champion yang lain? Komenlah di bawah. 🙂

Post Berkaitan

Comments