Bolehkah kita menerima kehadiran Little Devil Teemo?
Kitakan selalu sensitif kalau ada benda yang berkaitan dengan syaitan (devil).
PBE | October 10, 2016 | By Zharif Hamzah

teemo_splash_14

Demam Star Guardian masih lagi belum reda, tapi PBE dah mula hangat membincangkan kehadiran skin terbaru untuk champion comel kegemaran (dan kebencian) kita, Teemo, the Swift Scout.

Little Devil Teemo, dah keluar di PBE, memperlihatkan Teemo berwarna hijau (topi dan kasutnya sahaja) kini bertukar menjadi merah (tanpa topi dan kasut).

Dia kelihatan seperti Hellboy. Lebih kuranglah.

hellboy-teemo

Menurut Surrender @ 20, segala-galanya baru untuk Little Devil Teemo. Kesan visualnya baru, kesan bunyinya baru, malah recall-nya pun baru. Termasuklah animasi baru untuk skin ini.

Persoalannya sekarang, bolehkah masyarakat tempatan kita menerima kehadiran skin ini?

Kerana kita mudah berasa sensitif dengan apa-apa sahaja  yang berkaitan dengan makhluk halus, syaitan, (tidak dilupa, iluminati), saka dan banyak lagi.

Atau mungkin anda fikir, ini hanyalah sekadar game. Bermain League of Legends dengan menggunakan Little Devil Teemo tidak akan merosakkan akidah.

Walau bagaimanapun, pasti ada segelintir pihak yang kurang selesa dengan nama skin ini. Dan ada yang tidak kisah mengenainya.

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Anda katakan ya atau tidak untuk skin ini? Kenapa ya dan kenapa tidak?

Boleh komen di ruangan komen di bawah.

Jangan ketinggalan, undilah di bawah, apakah pendapat anda mengenai Little Devil Teemo?

 

Post Berkaitan

Comments