Bewitching Tristana atau Bewitching Morgana?
Dua lagi skin baru akan datang!
PBE | October 11, 2016 | By Zharif Hamzah

Semalam, aku baru sahaja berkongsikan skin baru untuk Teemo, Little Devil Teemo yang akan keluar tidak lama lagi.

Dalam artikel yang aku tulis, bolehkah Little Devil Teemo diterima oleh masyarakat tempatan kita. Menurut undian, 79% mengundi ya, manakala 21% lagi mengundi tidak.

Selain daripada Little Devil Teemo, Riot akan mengeluarkan dua lagi skin baru, skin Bewitching untuk Tristana dan Morgana.

Mengimbas kembali skin hebat, Dragon Trainer Tristana, rakan karib yang berada di samping Tristana adalah si naga yang comel.

Untuk Bewitching Tristana pula, sewaktu recall-nya, akan keluar seekor kucing comel daripada kawahnya.

Kawah? Kenapa Tristana ada kawah?

tristanaq

Untuk Bewitching Tristana, meriamnya kelihatan seperti sebuah kawah. Dah jadi ahli sihir. Biasalah kalau meriam dia jadi kawah. Nak masak cecair sihir bla bla.

Malah, pelurunya pun kelihatan seperti cecair sihir yang menembak. (Cecair sihir? Macam Harry Potter laaa pulak.)

Apapun, nasib baik waktu Bewitching Tristana mati, tak ada kucing keluar, nak bersedih kerana Tristana mati. Kalau tidak, menangislah kita.

Ingat tak, bila Dragon Trainer Tristana mati, si naga itu mengharap Tristana hidup semula. Menangis berderai air mata kita dibuatnya.

 Bewitching Morgana pun tidak kurang hebatnya.

morganab

Nak recall, Bewitching Morgana sempat nak masak katak.

Dengar cerita di Surrender @ 20, katak itu asalnya daripada skin Dark Star Thresh.

Eeeewww.

Aku kena berikan pujian kepada pakaian yang dipakai oleh Bewitching Morgana. Gaun dia sangatlah lawa. Dengan topi dia. Sekali pandang macam topi lanun. Tapi sebenarnya topi ahli sihir. (Topi itu lawa.)

Dengan melihat gambar dan menonton video di atas, skin Bewitching apa yang korang suka? Undilah di bawah.

Post Berkaitan

Comments