Star Guardian: Gaya Jepun Lebih ‘catchy’
Lagu tema Star Guardian versi Jepun nyata lebih hebat berbanding yang asal.
Development | October 12, 2016 | By Ng Kok Len

Diterjemah untuk DuniaLoL

 

star-guardian-song

Ia mengambil masa untuk kami melihat bahawa saluran YouTube League of Legends yang memuat naik video muzik Star Guardian versi mereka sendiri dan ternyata versi Jepun adalah lebih baik daripada versi Bahasa Inggeris.

Untuk mengelakkan ia kedengaran seperti fangirl anime yang memikirkan segalanya tentang Jepun dengan serta-merta, saya akan menjelaskan bahawa saya cenderung untuk memilih alih suara dalam pelbagai situasi, selagi keadaannya yang termasuk pada tahun 2010 yang alih suara itu tidak dihasilkan oleh 4Kids Entertainment.

Rentak yang agak pantas dalam versi Jepun amat sesuai dengan video muzik tersebut. Walaupun kami tidak boleh menjelaskan apa yang dituturkan oleh penyanyi itu, kami tidak perlukannya semata-mata untuk memahami naratif video muzik itu. (Versi Bahasa Inggeris tidak ditambah banyak melalui lirik yang diberikan)

Memandangkan bahawa skin sangat jelas berdasarkan kiraan gadis ajaib anime, kami agak terkejut Riot tidak hanya menjalankan versi Jepun.

Versi Bahasa Inggeris tidaklah begitu. Nyanyian dengan nada yang tinggi dan lirik yang mengingatkan kepada gadis ajaib dari awal tahun 2000. Kami tidak melihat kepada alih suara sebegitu lagi, tetapi sesuatu dalam diri saya merasakan Riot melakukannya dengan sengaja. Mereka boleh mencipta beberapa lagu menakjubkan, tetapi mereka hanya mahu ia menjadi nostalgia dan ia sesuatu yang buruk pada pendapat saya.

Saksikan video yang boleh dikategorikan sebagai old-school ini dan beritahu sahaja yang anda turut sama merasakan seperti kami.

Post Berkaitan

Comments