Pengakhiran Kisah Ajaib
Laluan hebat yang penuh kejutan Albus Nox Luna (ANX) disepanjang Worlds 2016 cetuskan satu fenomena baru.
Antarabangsa | October 18, 2016 | By abang dots

ANX dianggap sebagai perangkap untuk pesaing mereka dalam Kumpulan A. Mereka sepatutnya melambatkan perjalanan pasukan lain – bukan menggagalkan cabaran mereka. Minggu 1 dalam Peringkat Kumpulan World Championship 2016 menyaksikan mereka mencatat kemenangan mengejut ke atas ROX Tigers (ROX) sebelum meneruskan aksi cemerlang menentang Counter Logic Gaming (CLG) dan G2 Esports (G2). Untuk rekod terdahulu, hanya dua kemenangan dirakam oleh pasukan Wildcard Antarabangsa.

albus-nox-luna-team

Tiada siapa yang tahu yang diharapkan dalam Minggu 2, tetapi yang pasti perjalanan mereka pasti semakin sukar. Jika minggu pertama adalah peluang untuk mengejutkan lawan, minggu kedua akan menyaksikan saingan lebih terbuka – semua pasukan mempunyai peluang untuk menguji antara satu sama lain; mungkin tahap kejutan lebih rendah. Daripada semua kumpulan, kebanyakannya terbukti benar. Kumpulan A adalah satu-satunya pengecualian. ANX menumbangkan CLG untuk memastikan kemenangan ketiga mereka dan rekod baru untuk Wildcard Antarabangsa. Kemudian mereka berhadapan semula dengan ROX Tigers, sebuah pasukan pilihan sebelum kejohanan. Kemenangan akan mengesahkan mereka ke peringkat Suku Akhir dalam satu laluan yang benar-benar mengejutkan banyak pihak.

anx-thumbnail-sodjsdifndsifhjn

ANX menjadi pasukan Antarabangsa Wildcard pertama untuk layak ke Suku Akhir. Dalam masa sama, ROX Tigers hanya mampu mencatat rekod 3-2 dan masa depan mereka terletak kepada sama ada mereka boleh mengalahkan CLG atau tidak, yang telah menewaskan mereka dalam minggu sebelumnya. ROX pastinya memerlukan keyakinan tinggi untuk menang.

Dalam undian suku akhir, ANX bertemu wakil Eropah, H2K – satu-satunya seed no. 1 bukan dari Korea – untuk pertemuan mereka. ANX masih dianggap ‘underdog’, tetapi itu bukan sesuatu yang baru bagi mereka. Kejayaan ini melambangkan kekuatan rantau Wildcard Antarabangsa secara keseluruhan – mereka yang tidak mempunyai kelayakan automatik ke World Championship. Dengan kehadiran pasukan dari rantau utama, ia adalah satu kisah pasukan underdog yang sangat hebat. Buat rantau yang bakal muncul, ia adalah harapan, termasuk inspirasi. League of Legends adalah esport global, dan kemenangan seperti ini akan membantu rantau yang lebih kecil dibangunkan – jelas buat para pemain dan pelabur.

albus-nox-logoPastinya, prestasi ANX di Worlds 2016 pasti membawa impak besar kepada semua pasukan, tidak kira skuad gergasi mahupun baru.

Post Berkaitan

Comments