Braum asalnya seorang wanita
Braum = Illaoi? Haha.
Berita Game | October 23, 2016 | By Zharif Hamzah
braum_03

Nasib baik CeeCee tak nampak macam Illaoi.

 

CeeCee, itulah nama asal Braum, sebelum Riot ingin menghasilkan Braum sebagai seorang lelaki.

CeeCee merupakan seorang wanita support tank. Dia adalah seorang jurutera hextech dengan perisai mekanikal.

Mengimbas kembali seni dan gaya permainan CeeCee, ketua seni konsep, Larry Ray berkata “Visual CeeCee macam tak betul.”

Ray menambah “Seninya tidak bersesuaian dengan gaya permainannya.”

Pada tahun 2014, Riot Games telah mengurangkan penghasilan champion wanita untuk menjadi support. Mereka ingin mencuba sesuatu yang berbeza.

Ray menghasilkan semula CeeCee. Selepas itu, lahirlah Braum, The Heart of the Freljord.

braum_02

Ramai orang di Riot Games berkata yang Ray melukis wajahnya sendiri, apabila beliau menunjukkan lukisan Braum pertamanya.

Ray menjelaskan, “Saya sebenarnya melukis ayah saya. Saya ingin menghasilkan seseorang yang boleh menerima serangan, dan saya terfikir mengenai ayah saya. Braum adalah karikatur ayah saya.”

Braum pada asalnya adalah seorang yang tegas. Tidaklah bengis, tapi wajahnya serius.

braum_13

Seorang artis mencadangkan Ray untuk meletakkan sedikit senyuman ke atas Braum.

Hasilnya, lahirlah Braum yang kita kenali sekarang, seorang champion yang sasa, tegap, kuat, bermisai, baik hati, dan gembira.

Post Berkaitan

Comments