Riwayat Champion: Nasus (Bab 3)
Kisah kehidupan champion yang dikenalai separa tuhan oleh orang padang pasir Shurima, Nasus the Curator of the Sands.
Development | October 30, 2016 | By Ng Kok Len

Sambungan dari Bab 2…

 

nasus_11

Budak itu melangkah ke hadapan. Pengutus gelap itu melangkah ke belakang daripada lentera itu. Terdapatnya bayang-bayang panjang.

“Hantarkan utusan kau dan pergi,” kata budak itu.

Malouf melangkah ke hadapan. Dia mencapai bajunya dan menghasilkan tangkal gelap menjadi rantai yang gelap. Geometri besi itu bercahaya mengumpul sihir dan kemusnahan dalam minda Nasus.

“Maharaja Xerath menghantar tawaran. Kami ingin menjadi hamba kau. Dia mengucapkan selamat datang ke ibu kotanya yang baru Nerimazeth.”

Kata-kata itu jatuh ke atas Nasus seperti tukul ke atas kaca.

Budak itu melutut dan mengangkat sebuah batu yang berat.

nasus_10

“Mati!” jerit budak itu.

“Ambil dia!” kata Malouf.

Dengan kekuatan, budak itu membaling batu itu ke udara.

“Renekton, tidak!” jerit Nasus.

Para penunggang itu meninggalkan mereka. Nasus tahu si penjaga dan isterinya telah mati. Sapaan Xerath akan datang dalam bentuk besi sejuk. Kebenaran mula menjadi ilusi.

Nasus mencapai budak itu. Budak itu hilang ke dalam bayangan memori.

“Selamat tinggal adikku,” bisik Nasus.

Utusan Xerath melarikan diri, kuda mereka berbunyi. Ascended melarikan diri dalam tiga arah. Malouf tidak teragak-agak, mengeluarkan bilahnya dan menghunuskannya ke sisi Nasus. Kesakitannya tidak terhingga. Penunggang itu mencuba untuk mengeluarkan senjatanya, tapi ia tidak keluar. Tangan berkuku memegang bilah itu, tertanam dalam darah daging Ascended.

nasus_12

“Kau sepatutnya meninggalkan aku dengan hantuku,” kata Nasus.

Nasus mematahkan pedang Malouf daripada tangannya, mematahkan jari dan memutuskan ligament.

Separa tuhan itu menumbuk penyerangnya. Tubuh Malouf terkoyak di bawah berat serigala itu.

Nasus melompat ke penunggang yang seterusnya, menarikny; dua serangan mengoyakkan organ dan mencuri angin daripada peparunya. Kudanya lari ke padang pasir.

“Dia gila!” kata salah seorang penunggang itu.

“Tidak lama lagi,” kata Nasus, mendekati ketua tentera itu.

nasus_9f

Bau yang kuat memasuki udara. Bunga mati berputar-putar. Malouf terpusing di atas tanah, jarinya yang hancur mereput, kulitnya juga mereput. Termasuklah dadanya.

Panik menyerang bala tentera itu. Mereka bergelut untuk mengawal keadaan, mengundurkan diri. Tubuh Malouf terbaring, ditinggalkan di atas pasir itu.

Nasus menoleh ke timur, ke arah kemusnahan Nerimazeth.

“Beritahu ‘maharaja’ kitarannya bakal berakhir.”

Post Berkaitan

Comments