Sorotan Worlds 2016
Worlds 2016 telah melabuhkan tirainya setelah pelbagai kisah menarik disaksikan pada edisi kali ini.
Antarabangsa | October 31, 2016 | By abang dots

Ahad yang lalu, terpahat satu lagi sejarah dalam dunia eSports. SK Telecom T1 mengesahkan status juara untuk kali kedua berurut-turut setelah menewaskan Samsung Galaxy di final. Namun, Worlds 2016 bukan sekadar bercerita tentang pasukan juara. Sejak di hari pertama, terdapat pelbagai kejutan demi kejutan telah berlaku. Kebangkitan finalis 2015, SKT dan ROX menepati ramalan sehingga bertemu di separuh akhir menjadi perhatian utama biarpun kedua-duanya mengalami kekalahan mengejut dalam peringkat kumpulan serta kisah ajaib pasukan eropah, Albus Nox Luna di Worlds 2016 sehingga melayakkan diri ke suku akhir jelas menceritakan edisi kali ini bakal diingati selamanya.

Mungkin ada yang terlepas antara detik-detik menarik ketika saingan paling berprestij buat dunia League of Legends ini. Saksikan video dan mungkin anda akan mula memikirkan untuk datang dan nikmati sendiri secara langsung saingan Worlds pada tahun hadapan. Hehe.

 

Post Berkaitan

Comments